Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti? Tak boleh! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu ... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
"Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu ... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
"Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu ... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
"Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
"Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."

13 comments:
wah2..
crite tu best~
haha
mmg best2
so kpd sesape yg mahukn sbb knape die dicintai tu
bace2lah crite ni
hoho~
walaupun aku sejiwang kau, hurm, make sense jugak ek.
(benci gilaaa word verification kau ni!!!)
hahaha~
ko sejiwang aku?
r u sure?
haha,yeap,this does make sense
hoho,ak pun benci gak sbnrnye
tp xpelah
ak buang lah ek~
tp janji laa ko akn comment slalu,haha~
owh my.. sweet nyer citer nihhh
waaaahhhhhhh
ko mkin jiwang... lol
kekronikan meLampau
eyh
per jd kt bini dye pastu?
wah..
huhu..nice..
neway..btl tu..bukan kte xtau sebab kenapa kte cinta kan seseorg tu..tp mmg xboleh kte gambarkan..xboleh diungkapkan dgn kate2..sbb ianya lebih dr itu..hahahah..
cinta itu satu anugerah
cintailah cinta
dan ia akan datang kepadamu
ceh..tetibe rase cam pujangga plak..
kihkihkih
hmm,taw xpe rai
mmg sweet citer ni
da lame da ak trbace crite ni
baru skng nk share bersame korg sume ehe
hmm,lepas tu ape jdi kt bini die?
hmm,bini die elok dan terharu n mintak maaf kt suami die sbb terkasar bahase ngan suami die tu~
aa,aku stuju ngan ko iera
bkn kite xtaw cmne nk terangkan or blur2 or terburu2 mencintai seseorang tu
cume mmg cinta tu xdpt diterangkan
like pepel said laa
"action speaks loder than words",ehe~
haha
sejak bile lak ko bukan pujangga ni kopi?
bkn selalu pun ko mmg pujangga ka~
haha
cinta tak perlu dicari, dan juga dimiliki. kerna ia datang tanpa disedari. cinta memang indah, namun jika disingkap, cinta hanya igauan ngeri.
subjektif ok.
aaaaaaaaaaaaaa
salah tulis
aku nak ckp aku X sejiwang kau.
patut la kau pelik semcm. haha.
Post a Comment