December 19, 2008

penting sangat ke?

Penting,memang penting. Sikap professional memang sangat penting. Tak kesah la kau seorang pelajar,seorang mahasiswa,seorang staff atau seorang suri rumah sekalipun,aku nak tekankan dekat sini,professionalism memang sangat penting..

Aku baru je balik daripada kuala lumpur tu. Memang macam-macam aku rasa and aku alami. Dari berbual dengan seorang stranger dalam bas ke kuala lumpur sampailah ke tidur yang tak lena dalam bas ke penang semula,banyak sungguh pengalaman. Tapi,semua-semua yang terjadi memang banyak menguji dan mendidik aku untuk bersikap professional. Aku sekarang sudah mula berkecimpung dalam bidang bisnes,yang kebanyakannya memang memerlukan sikap professional. Malah,bila dah grad nanti pun,kita akan mesti bersikap professional,bukan? Walhal sedang internship training nanti pun,kau akan diuji. Sebab itulah aku nak tekankan,sikap professional itu penting..

Kalau kau tak bersikap professional,kau takkan maju ke depan. Kalau kau masih terperosok dalam dunia klise kau itu,kau hanya akan berada di takuk yang sama,macam aku dululah. Tapi sekarang aku sedar,aku perlu bersikap professional,aku perlu bersikap eksekutif,mula berpikiran seperti seorang yang sudah bekerja dan mula mengatur masa depan aku,walaupun aku masih lagi belajar. Sama juga dalam kehidupan aku. Masalah datang berduyun-duyun sekarang ni. Itulah,inilah,taknak itulah,mahu inilah,pening sunggoh..

So,aku rase post kali ni tak perlulah panjang sangat ek? Cukup sekadar aku menekankan kepentingan bersikap professional ni. Penat juga kau nak bace sampai habis nanti. Apa-apa pun,aku nasihatkan kat kawan-kawan aku semua,tolonglah bersikap professional. Belajar menerima teguran,tak kisahlah sekeras mana pun teguran tu. Kau kena terima. Terima dan perbaiki diri sendiri dan tak perlulah kau bereaksi tak tentu pasal sampai menyusahkan orang lain. Cuba bayangkan,kau ditegur oleh kawan kau pun kau dah tak boleh terima,katakan satu hari nanti,kau ditegur,dimaki oleh majikan kau,mahunya kau menangis teresak-esak nanti,merajuk dengan majikan lah,bla bla bla. Jadi,kepada kawan-kawan aku kat luar sana,tolonglah mula bersikap sebegini,bersikap professional. Jangan rase seronok berada dalam komfort zone kau itu,ia akan menyusahkan kau kelak..

Tapi ingat,aku bukan cuba untuk menjadi Dr. Fadzilah Kamsah atau pakar motivasi mana-mana pun. Aku cuma memberi sedikit nasihat yang ada pada aku dan berdasarkan pengalaman dan penghayatan yang aku alami. Ambillah mana-mana yang kau rasa betol..

9 comments:

iera wanie said...

oh..thank u..kehangatan nk mulakn kerja aku da semakin terasa..walaupun aku tak prepare pape lagi..haha..sila beri tunjuk ajar kat aku nt..aku bley trime kritikan ko..aku bley trime nasihat dan teguran ko..tapi tegurlah secara berhemah..hehe~

Anonymous said...

betol2. harus pro dlm ape jua perkara. tp kalo ringan2 xpro pun xpe. ajak minum teh. jgn pro sgt. nnti kawan cabot. huhu!

Encik Jurassic said...

hehe,jgn risau iera,ak xkn tegur secare kerasnye.cume ade org yg anggap aku tegur secara keras,tu je~

Encik Jurassic said...

betol tu thinker.ak setuju.kalu minum teh,sempoi2 jelah,hehe~

Anonymous said...

*lompat-lompat blog, sampai ke sini*

Saya setuju sangat dengan pendapat ni. Sesetengah orang tak sedar, dan rasa "Aku punya hal, aku punya cara". Padahal, kita ni bukannya hidup terasing dari orang lain.

Hmm, dalam dah kerja ni pun, ramai yang saya nampak, tak professional dalam kerja. Bila sikap tak professional, macam2 masalah timbul.

Encik Jurassic said...

yeah snv.
betol tu. stiap mase pun kena professional kn?
tapi berprofessional kena bertempat laa kn.
macam kate thinker,xkn nak minum teh pun nk professional sgt2 kn?
tp kena jugak tu,kena bijak berprofessional bersesuaian dgn waktunya~
:)

ammar said...

nice blog sam...
good writing...
keep it up dude...

Anonymous said...

added you into my bloglist!

Encik Jurassic said...

thanks kepada semua yg telah menyapot blog sy ni
terharu!
thanks btw~