December 31, 2008

sugeng tindak 08', sugeng rawuh 09'!~

Bahasa apekah diatas itu? Owh,itu bahase jawa la tuan puan. Atas permintaan kawan saye,saye akan begitaw ape maksud perkataan kat atas tu,hehe. Maksud die ialah, selamat tinggal 08',selamat datang 09'!~. Hmm,hujung tahun tiba lagi,yeay! Akan berakhirlah satu lagi tahun yang panjang,yang memenatkan,yang penuh dengan kontroversi dan peristiwa-peristiwa menarik,selama 365 1/4 hari untuk semua orang yang hidup dimuka bumi ni. Kalau bagi yang bekerja tu,mesti tengah tunggu bonus hujung tahun mungkin? Papepun,ketibaan tahun 2009 memang takkan dapat kita halang dan pemergian 2008 perlulah kite izinkan dengan hati yang tenang. Cewwah,macam nak berpisah dengan teman hidup pulak ye,hihi..

Baiklah,ape yang menariknya pada tahun 2008 ni? Let me see,hmm. Banyak kan peristiwanye,ye tuan puan sekalian? Tak perlulah saya senaraikan satu persatu kat sini. Dari sebesar-besar dunia sehinggalah sekecil-kecil diri kita,pasti ada saje peristiwa yang terjadi,baik yang manis ataupun pahit. Biasalah tu,asam garam kehidupan. Kalau tuan puan tak merase ape-ape dalam tahun 2008 ni,maknenye tuan puan telah 'mati' la pada tahun 2008,hehe..

Apa yang pasti,tahun 2009 yang bakal datang ni pastinye akan mengundang banyak lagi kontroversi serta peristiwa yang menarik untuk kita tempuhi,renung dan fikirkan bersame,saye pasti! Jadi,bersedialah untuk membuka lembaran baru. Macammane pule dengan azam tahun baru tuan puan? Sudah selesaikah? Masih tertanguhkah? Haa,itu urusan tuan puan lah,saya tak mahu kacau,hehe. Tahun 2008 akan berakhir lebih kurang 13 jam dari waktu saye menulis artikel ni serta 5 jam dari waktu saye mengubahsuai artikel ini dengan memendekkannya lagi untuk bacaan semua orang. Dan tahun 2009 akan menjelma dalam sekian waktu juga. Oleh itu,selamat menyambut tahun baru kepada semua!~