semenjak masalah datang bertubi2 ni,suka pulak aku post bendealah2 yg terjerumus kearah cinta ek?hahaha,papepon,korg bace ajelah post ni,aku rembat dari blog orang,hehe..
ni tips utk org lelaki mengorat org prempuan,ape ingat prempuan aje ade hak utk memilih?
dlm tips yg aku nak bagi ni,lelaki pon boleh jual mahal taw,hoho~
1.Jual mahal
ya. jual mahal. jangan mudah teruja. Bila anda berselisih dengan orang yang anda minat. jangan tegur, jangan pandang. tunjukkan bahawa anda tidak memandang lansung gadis itu. Tapi jangan sampai dia tidak kenal anda pula. pasti kau bertanya,"jadi bagaimana wahai sam yang hebat?" aku sambil gelak ketawa dan berlagak tahu ini akan menjawab, " berboraklah dengan orang di sekelingnya, kawan mereka, sengaja dtg ke studionya atau kelasnya, datang ke rumahnya untuk berjumpa maknya, pergi ke kedainya".. apa-apa sahaja, tapi perlu diingatkan, jangan pandang muka mereka, tegur mereka atau apa sahaja yang menggalakkan perhubungan. setelah lebih kurang 6-7 kali kau berbuat begitu, tegur sahaja mereka sekali. sudah cukup. tapi biar ia berkesan. sebagai contoh, " eh..jah(nama kawan mereka) nie member ko eh? aku tak pernah nampak pon", dan kemudian cakap "hi" kepada gadis itu, kemudian itu sahaja, terus blah. jangan pandang-pandang lagi dah. biar dalam hati mereka berkata,"kurang ajar punya laki, aku punya cun-cun nie kau tak perasan". perempuan inginkan perhatian,biasalah.
2. berborak sekali-sekala
setelah beberapa kali kau buat teknik 1. berboraklah pula dengan gadis pilihan anda itu. AMARAN!!jangan biarkan kawan mereka tadi bersendirian, jangan tidak berborak dengan mereka pula bila sudah mula berborak dengan gadis pilihan anda ini. jika tidak, percayalah kawan gadis pilihan anda ini akan mengutuk keras anda. cemburu mungkin? ok. pastikan isi percakapan kau tidak bodoh, jangan buat kelakar tidak kena, pastikan anda tahu jenis perempuan bagaimanakah gadis pilihan anda ini. dan jangan cerita berlagak. bukan perempuan sahaja tidak suka, aku malah semua orang tidak suka ingin berborak dengan kau. cara berborak sila belajar sendiri. bacalah buku how to talk to anyone siapa tulis aku pon tak ingat. pastikan isi perbualan anda kelakar, tidak serius, comel, berwawasan, tidak menunjuk, rendah diri dan seperti selambe sahaja. jangan cuba seperti anda betul-betul mahukan perempuan itu. tidak mahu gadis itu memijak kepala anda dan mempergunakan anda. jangan tunjuk betapa gilanya kau kat gadis itu.
3. pujian
ini mungkin teknik paling biasa. tapi bagaimana pula jika kau tak kenal siapa perempuan itu? cari sampai dapat, siapakah yang mengenali perempuan itu. jika sudah dapat kawannya, beritahu kawannya bahawa kau rasa perempuan yang anda minat itu comel. buat buat seperti tidak tahu bahawa mereka berkawan baik. percayalah, berita itu akan cepat sampai ke perempuan itu, akhirnya perempuan yang anda minat itu akan cuba mencari siapakah anda. setelah die kenal anda, buat teknik 1 dan 2.
4.biar perempuan itu nampak anda
ini mungkin teknik paling bodo pernah aku fikirkan. tapi mungkin berjaya. biar perempuan itu fikir, asek nampak kau aje. tapi janganlah pula kau tayangkan muka kau betul-betul depan muka perempuan itu. takut dicop gila pula. pastikan jarak jauh, tapi jangan pula melihat. buat-buat tak nampak sahaja. jika anda nampak perempuan itu dari jauh. pergi ke kawasan di mana die boleh melihat anda. kemudian buat tak tahu sperti anda tak nampak perempuan itu. buat teknik ini dalam 10 kali. kemudian jangan buat lagi sehingga beberpa minggu. kemudian buat semula. sehingga beberapa lama sehingga kau cukup yakin untuk menegur gadis itu.
5. cakap hi
cakap sahaja hi kepada gadis itu seperti biasa jika berselisih. buat banyak kali. selepas itu jangan buat lagi jika anda berselisih dengan gadis itu. beberapa lama. buat lagi sedikit. kemudian berkurangan. kemudian tegurlah.
6. no telefon
ingat!, gadis yang anda ingin pikat ini adalah gadis yang cun, takkan mereka ingin beri sahaja no. telefon sesukahati. buat-buat seperti anda tidak mahu lansung no. telefon gadis itu. dan jangan minta dekat kawan mereka. kalau anda minta kat kawan mereka, jangan msg spert ini
kau : hi
gadis: sape nie?
kau : adelah...rahsia..
gadis : pergi mampos
tiada telurkah kau untuk mengakui diri kau?sebaliknya buat begini...
kau : hi..ejah kan?
gadis: ye..sape nie
kau : ini Ismet Ulam Raja la..
gadis:ouh..hi..
kau : teruskan dengan soalan soalan ringan.
kemudian bila sudah telefon. jangan bercakap lama, sekejap sahaja sudah cukup. jangan biar gadis itu puas. bila mahu berhenti cakap, jangan cakap anda mahu makan, buang air atau mahu keluar. sebaliknya tipulah bahawa anda ingin membaca buku"gantikan dengan buku paling ilmiah anda ada di rak buku anda", menonton berita atau membaca surat khabar. tunjukkan keintelektualan anda. walhal anda hanya terbaring depan TV.
7. jadi selekeh
jadilah selekeh. paling selekeh, jangan cukur misai, jangan pki stokin, baju mungkin tidak bergosok lebih kurang dalam sebulan. tegurlah gadis itu, pasti dia tidak layan, tapi tak apa, tegur sahaja. kemudian setelah sebulan, anda potong rambut, cukur jambang anda, pki kemas sedikit. kemudian tegur perempuan itu. pasti die teruja melihat anda dan mungkin dia akan cakap. "asal macam hensem je nie?" padahal muka anda sama sahaja. hanya mewujudkan ilusi kepada gadis itu.
selamat berjaya. jika ada idea lagi..sila tambah sendiri.
8 comments:
haha..
agk bgs tips nh utk laki..
tips ke-8, abaikan tips2 diatas.. wahahaha.
;p
tips ke-8, abaikan tips2 diatas.. wahahaha.
;p
sgt poyo la sam...ble ko jd dr.love??hahhaa
haha,banyak laa ko farah
penat2 aku rembat n edit tips2 ni
senang2 je ko add tips2 yg xbermanfaat utk readers aku!
haha~
nk tmbh pun,tmbh laa yg munasabah,ahax~
sejak bile?
sejak skrg ni,haha!
uisy btol2 otoman~ dr. love tuuu.. walhal rembat dan edit. sam, pe kate ko reke tips sndiri? lalalaala~
haha,farah syahida johari,stop laa menjatuhkn reputasi aku..
ak mmg bleh aje buat tips sndri,tp tym aku jmpa ni,tips ni sgt menarek bahase2 die,pengunaan ayat die..
so apekatelah aku kongsi yg ori punye ngan korg,hehe~
Post a Comment