
Hidup ini takkan pernah mudah,kan? Setiap hari,ade saja dugaan yang melanda. Macam aku sendiri,macam-macam dugaan yang aku lalui semenjak dua menjak ni. Bermula dari masalah kewangan sampailah kepada masalah hati. Well,bukan beerti aku orang yang bermasalah,tapi biasalah,manusia,takkan lekang dek masalah..
Semalam aku mimpi lagi. Mimpi pasal dia lagi. Entahlah,kenapa aku asyik termimpi pasal dia? Sedangkan dia sudah berada jauh dari aku,sudah tak menjadi penghuni dihati aku lagi. Sebetulnya,dialah satu-satunya perempuan yang pernah aku mimpikan. Sebelum bersama,semasa bahagia dan selepas berpisah. Mungkin sebab dia sudah pulang ke kampus,aura kenangan lama mekar kembali mungkin..
Semalam juga,sesuatu yang meresahkan hati aku berlaku. Ianya mengundang kemahuan aku untuk memujuk dan kembali kepadanya. Resah juga hati memikirkan. Setelah puas aku berkerut dahi,fikirku,biarlah. Hanya tuhan saja yang tahu masa depan aku dengannya. Aku nekad. Biarlah,aku redha. Aku terima hakikat bahawa sejauh mana pun aku berusaha untukmu,hanya tuhan yang tahu kesudahannya..
Kalau ada jodoh,takkan kemana jua. Mungkin kau sudah tak punya tempat untuk aku dihatimu,atau mungkin aku masih kukuh bertakhta menjadi prince charmingmu. Entah. Akan tetapi,aku juga semakin tenang dan gembira saban hari. Terima kasih kepadamu yang telah membuat perpisahan ini sesuatu yang bermakna untuk dikenangkan. Ya,memang kisah denganmu sukar tuk aku lupakan,dan kau juga sukar untuk melupakannya mungkin..
Hari ini,aku bangun pagi dan terus memasang telinga mendengar lagu Nidji - Laskar Pelangi. Liriknya sungguh-sungguh membuat aku tenang dan gembira. Berulang kali juga aku mendengarnya. "Menarilah dan terus tertawa. Walau dunia tak seindah syurga..". Aku sedar hidupku taklah seindah mana pun. Tapi aku harus bersyukur kerana kehidupanku ialah anugerah yang amat berharga yang telah dianugerahkan kepada aku..
Kamu juga wahai tuan puan sekalian. Walau hidup kita seburuk mana pun,hadapilah ia dengan tenang. "Walau hidup kadang tak adil,tapi cinta lengkapi kita..". Memang cinta itu sesuatu yang indah. Tapi,jangan kau kejar cinta itu. Biarlah ia datang kepadamu. Kau kejarlah cita-citamu dan mimpi-mimpimu. Itu lebih menyeronokkan!~
6 comments:
adeyhai~~
sam
jejowm karaok
luperkan keysah lamer maaa~
new year already
leave da past behind
dun worry
kami anak2 buah ko sntiasa support ko
hehehe~
tu ler.
sebab tu ler nak karok ni.
geram aku.
nak lupakan kisah lame ni!
tapi,kawan takde plak,haish.
atul da balik lom?
kalu atul ade,leh ajak die.
die pun kaki karok gak tu.
hmm,thanks anak2 buah ku sekalian kerana menyapot ku.
thanks a lot.
:)
huuu. cinta? xpe. skang kamo leh abaikan. focus study dlu yukkk!
yezza thinker!
study dan impian lebih penting.
cinta?
tolak tepi saja deh~
huhuhu.. incik jurassicr..
kite dalam situasi yang sama..
tapi, sy selalu kata pada diri, " i'm worth more than him" tapi, terkadang memang rindu jugee.. =P
hehe peesee86.
sy pun selalu berpikiran sebegitu dalam sedemikian waktu.
tapi,yelah.
walaumacamane pun,kenangan lame tu susah nak dilupakan,bukan?
rindu tu memang perkare biaselah.
tu yg sy sedang cube lakukan ni.
cuba menahan rindu tu drpd membuak2~
susah tu,tapi tak mustahil~
kn3~
Post a Comment