March 18, 2009

telefon bimbit vs. kad sim.

Hari ni aku tak tidur malam lagi. Sekali lagi aku berjaga. Bermula dari siang hari ini sampailah siang keesokkan harinya muncul semula. Kenapa aku berbuat sedemikian? Satu,mungkin pasal test yang bakal menjelma tepat jam 9 pagi nanti. Dua,mungkin sebab dengan cara ini sajalah aku dapat date dengan pencipta aku. Dah lama rasanya aku mungkir janji dengan Dia...

Aku baru balik dari kedai mamak. Dua orang teman pergi bersama aku. Kau tahu apa yang berlaku? Tak ada yang pelik pun. Cuma 3 orang jejaka berborak-borak kosong dari pukul 1 pagi sampailah half past 3. Gila bukan? Itulah lelaki. Kalau dah jumpa topik yang mahsyuk untuk diborak-kosongkan,memang macam perempuan lah,tak henti-henti berceloteh..

Nak dijadikan cerita,timbullah satu topik mengenai telefon bimbit yang hilang. Mulalah masing-masing membuka kitab sejarah hidup dan bersemburlah air liur masing-masing. Aku terkecuali ya. Sebab aku tak pernah menghadapi kes kehilangan telefon bimbit dan aku tak ingin pun kehilangan telefon bimbit aku. Mahal,mak aku yang hadiahkan..

Nak dipendekkan cerita pula,si jejaka 1 khusyuklah menceritakan kes kehilangan telefon bimbitnya yang dah menjadi penyebab beliau terlepas peluang terhadap seorang dara pujaan beliau ni. Sadis juga kisahnya. Cuba kau bayangkan,selangkah lagi nak dapat tawan hati dara pujaan,boleh pula telefon bimbit dikebas orang. Kalau aku pun aku naik minyak..

Disambung pulak dengan kisah si jejaka 2. Kisah beliau serupa juga. Berkaitan dara pujaan hati juga. Tapi si jejaka 2 lebih bernasib baik. Taklah sesadis si jejaka 1 ceritanya. Dapat jugalah makan malam bersama-sama. Walaupun temujanji makan tengahari mereka tercalar,akibat kecurian telefon bimbit sewaktu si jejaka 2 sedang diulit mimpi di siang hari..

Aku hanya duduk sebagai juri. Sebagai spectator. Seronok juga bergelak ketawa dan meratapi nasib jejaka berdua tu. Sambil bergelak sakan,timbul satu pertanyaan dalam kepala aku. Antara telefon bimbit dan kad sim,yang mana satukah yang lebih berharga? Telefon bimbit yang berharga 3 atau 4 angka ataupun kad sim yang cuma menelan belanja sebanyak 1 angka?

Perbezaan mereka senang saja. Telefon bimbit yang kau beli dengan harga beratus-ratus mungkin mempunyai fungsi 3 in 1. Atau 5 in 1,atau lebih. Ada kamera,radio dan segala bagai. Kad sim yang mungkin kau perolehi secara percuma pula,mengandungi contact details kawan-kawan,teman rapat malah dara dan jejaka pujaan masing-masing. Oh,juga ada sms cintan-cintun segala macam mungkin..

Kalau soalan ini diajukan pada aku,jawapan aku senang saja. Dua-dua pun serupa saja. Dalam kad sim aku tak ada contact details mereka-mereka yang terlebih istimewa berbanding yang lain. Melainkan famili aku lah. Kalau ada pun,pasti dah aku sematkan dalam kepala aku cukup-cukup. Dan telefon bimbit aku pula tak lah mahal mana pun. Cuma ia berharga dari segi nilai kasih sayang yang mak aku telah curahkan untuk menghadiahkan telefon tersebut..

Kalau kau pula,bagaimana? Telefon bimbit atau kad sim? Atau kedua-duanya serupa saja,sama seperti aku? Ataupun,kedua-duanya penting? Atau yang lebih teruk,kedua-duanya tak beberapa penting pun kerana kau boleh beli yang baru? Haa,jawab jangan tak jawab!~

17 comments:

Urutoraman K said...

if you're asking me when i'm still having Nokia 3310, maybe aku akan cakap sim card lagi penting, because phone dulu memory sendiri.

tapi, as time goes by, kita dah boleh save number dalam phone, dan boleh save lagi banyak number compared to sim card.

mostly people will save in phone's memory. and if that's the case, phone lagi penting!

maka, marilah kita synchronize balik contact2 kite dgn komputer, dan buat backup.

professional lifesaver reporting out.

ciao.

Urutoraman K said...

*edit komen di atas, phone dulu TIADA memory sendiri.

Amirah Raihana said...

owh3~
no2 contact telah dibackup awal2~

hp penting
sim pun penting
takde sim, ape gunanyer handphone?

tapi
sim
hilang
leyh ganti
phone
hilang
owh3, memori dgn phone tuh tak terganti
wlupun hp leyh beli baru
tapi
mane nak carik dwet seyh~~~

Malin said...

oh, saya pilih sim card! o/

p/s : especially uPax tuh. Sayang ar kalau hilang. Henfon? Bukan tak penting.. But, see? Aku lebih rela hilang henfon(tak mintak!) rather than hilang sim card.

2 je :D

Anonymous said...

aku vote handphone.
sim kad kalau hilang boleh beli baru,
ibarat kata penulis, 'satu angka je pown~'
contact2 dalam tu boleh cari balik, tanye kawan2 ke,
kalau terpaksa tukar nombor pun tak ada masalah,
inform je la semua kawan2,
tapi penat ssikit la..

tapi kalau handphone yang hilang,
boleh jugak beli baru,
tapi masin la sikit nak keluarkan duit tu..hehe

tapi kalau ade pilihan,
aku nak dua2 selamat la,
tak payah la hilang2,
menyusahkan..haha

Inactive said...

go for handphone..
even pki fon x mahal pon, still mne ad fon yg lgi murah dr sim (*fon kidnap x msuk list*) hehe..
kalu ilang sim, ley byr rm10 je, wat balik sim with the same num..
contact list tu, ble dorg mesej or call nnti save la balik..
yg x cntct tu, kre burn halal laa..
huawawawaa.. :p

Encik Jurassic said...

Urutoraman K:
yeah,ade point disitu.
betul,memang dah ade macam2 methode untuk menyimpan contact numebr dan segala macam benda.
tapi,yang malangnya,ramai yang tak teringat nak buat menda2 macam ni.
bile waktu henpon dikebas tiba,maka jadilah HULK buat seketika.
mengamuk tak tentu pasal sebab masalah nk carik blk kontek,haha~
:D

Encik Jurassic said...

Da[ReaL]mE:
memori dengan phone yang macamane tu rai?
ak kurang paham disitu~
baideway,bagus kalau org tu dah backup awal2.
tapi sebagai penguna nokia,aku perasan bahwa stiap kali aku masukkn kontek baru,die akn save dlm henpon saje.
dan aku pun jarang update ke sim,cuma kalau ade mase saje.
maka,kalau ilang enpon,even aku buat sim baru dgn no yg same skalipun,n kalau aku backup phone buk dgn maxis pun,cuma ade yg tak terupdate sgt je,kn?
kalau ni terjadi,agak sedih bagi aku~
henpon ilang,lagi lah sedihnye!
:D

Encik Jurassic said...

Malin:
Waah,pendapat Malin hampir same dengan pendapat penulis.
yess,kekadang dari sudut tertentu,boleh jadi sim memang lebih penting drpd henpon.
n bagi mereka yang berwang pulak,memang takde masalah lah kn nak beli henpon baru.
cuma masalah nk trace no kawan2 yang hilang tu,dengan duet,tak mungkin kan terlaksana,kan?
:D

Encik Jurassic said...

Kopi:
haa,memang betul tu kopi.
tapi siyes aku cakap,aku tak rela tuka nombor bebeh~
bayangkan brape ramai org yag da taw no aku tuh,n nak updet memang sakit laa kn.
kena2 lak hal penting ke,mebi dari 2nd party,3rd party mungkin,da bersangkut-sangkut dah tu.
beli enpon memang kopak laa,smestinye~
tapi kekadang,rase cm puas hati and leh berbangga la plak kan,dah pakai model latest,haha~
tapi,kopak tetap kopak~

Encik Jurassic said...

miss fay-Z fazilah:
haa,memang.
takkan pernah ade henpon yang murah dari sim,melainkan henpon tu kite menang lucky draw laa kn.
tapi yang tak syiok nye kn fazy,cubelah ramai pulak tak contact.
ramai pulak tak kontek kite dgn harapan kite kontek die dulu.
kononnye kate kite kerek dan tanam dlm hati,takkan kontek kite slagi kite tak kontek die.
hmm3,mcm ramai sgt laa plak nak dikire halal tuu,kan?
meranaaa taw~

abeelo said...

tak penah terfikir mane yang penting,,due2 penting kot. bak kate encik urutoraman, kalaw 3310 tu blehla kte ckp sim lg pnting, tp kalaw skarng ni, semua saved automatically to phone. susah gak kalaw hp ilang. lagipon kalaw orang hilang hp kene curik takkan pencurik tu ade masa yang cukup untuk bukak fon tu dan tnggalkn sim untuk kite. due2 penting!

Encik Jurassic said...

hehe.
ye,betul tu abil.
kirenye jwpn tu bleh vary based on enpon ape org tu pakai laa ek.
kalau die pkai 3310,mmg sim lagi penting laa bagi die kot.
lau die pakai HTC Touch Diamond,sim yagn berege Rm8 tu tak bermakne lansung pun!
hahaha~

Farhah said...

erm..kalau aku..sim kad kot..sebabnyer, susah la kalo details kawan2 hilang duhh..pastuh nak beli sim kad baru...kalo dpt nombor same ok la..(tapi kene byr lebey la kan?) kalo dpt number baru?jenuh kot nak inform kawan2..haihhh~

Encik Jurassic said...

hmm,betul2.
aku sgt setuju dgn pendapat kau.
sbb aku ni pun jenis yg suka berkominiti.
kalau kontek kwn2 ilang,especially kwn2 skulah dulu2 tu,yg mane aku rindu gile2 tu,susah kn nk dpt blk~
bleh menangis airmata darah woo!

Farhah said...

haa..tau takpe..ko dah la suke bermasyarakat kan sam?hehehehe...kalo hp aku hilang bersame2 sim kad sekali...aku mmg down kot satu hari...pasrah jer...hehehe!papepun..sayangila hp anda beserta sim kad sekali..=)

ammar said...

sam komen ni x de kne mmengena dengan post kt atas tu.
juz nk say thanks 4 giv me use ur pic take during obs fom my phote profile [aku x pnah minta pon, sori ye]
i got new photo now.
ciao, hepi holz to bandung, buy me some souvenir..