April 24, 2009

friendship towards infinity.


Sebelum aku mula membebel lebih lanjut, suka untuk aku dedicate post special ni khas untuk semua kawan-kawan Gen0six aku dan sesiapa saja yang mengenali aku di mukabumi UTP dan Malaysia ni..

Hari ni aku bangkit dari tidur dengan perasaan tak sedap badan. Bukan apa,mata aku sakit sedikit,serta merta menghadkan pergerakan serta kepelbagaian aktiviti aku pada hari jumaat yang mulia ni. Petang berlansung seperti biasa tanpa apa-apa kejadian pelik yang berlaku. Namun,bila malam menjelma,aku mendapat berita bahawa beberapa orang rakanku sedang berada di rumah sakit. Satu kejadian yang tak diingini telah menimpa mereka. Tapi tak perlulah aku explain sampai habis tentang mereka. Cukup sekadar kita semua mendoakan agar mereka bertiga cepat sembuh dan dapat menduduki final exam nanti ya..

Aku baru saja berborak dengan Aliya via Yahoo Messenger. Nak dijadikan cerita,aku tersentuh satu topik yang mana telah menyebabkan aku dan Aliya jadi tak sedap hati dan lantas bermuram seketika. Kalau kau orang nak tahu,aku merupakan seorang yang sangat sayang akan komuniti aku. Orang kata aku seorang social lover. Dan ya,aku akui ianya benar. Dan kalau kau orang nak tahu juga,aku berasa lebih seronok dan gembira jika ada bersama-sama rerakan aku. Bersukan bersama,caving bersama,makan beramai-ramai,study bersama-sama dan karaoke bersama-sama. Aku sangat menghargai aktiviti-aktiviti sebegini berbanding aktiviti bersama my special one. Senang kata,aku takkan berasa sebegitu gembira semasa berada dengan kekasih aku berbanding semasa berada dengan kau orang semua..

Sedar tak sedar,kita dah hampir sampai ke penghujung zaman pembelajaran kita di UTP ni. Semester depan kita bakal berpisah buat sementara waktu,membawa haluan memasing mencari ilmu serta menimba pengalaman dalam bidang industri,dalam bidang pekerjaan yang kita idam-idamkan dulu. Dan sedar tak sedar juga,selepas industrial training kita berakhir,hanya ada setahun lagi untuk kita bersama-sama belajar di UTP. Kemudian,kita akan sekali lagi berpisah, untuk satu tempoh yang lebih lama. Pada sesetengah orang,mungkin peristiwa-peristiwa sebegini takkan memberikan apa-apa impak dalam hidup mereka. Tapi pada aku,ia merupakan satu saat yang aku tak ingin lalui,saat yang aku harap takkan pernah terjadi,takkan pernah berlaku. Kalaulah masa takkan pernah berubah..

Banyak peristiwa yang aku lalui bersama kau orang semua. Yang indah,yang perit,yang pahit dan manis,semuanya dah aku lalui bersama kau orang semua. Dari tahun pertama aku sebagai seorang UTPians sampailah hari ini. Dan percayalah cakap aku,aku hargai semuanya. Setiap detik bersama kau orang takkan pernah hilang dari ingatan aku,walau sedikit pun. Dan aku juga tak pernah menyimpan dendam untuk setiap detik pahit yang aku lalui. Walaupun kekadang aku bertanya pada diri sendiri,mengapa aku terpaksa berada dalam keadaan sedemikian rupa? Mengapa aku yang disisihkan? Mengapa aku ditinggalkan? Mengapa aku tidak diajak untuk study bersama-sama? Mengapa ada yang seperti tidak sudi berkawan dengan aku? Pernah juga aku menyimpan perasaan,perasaan untuk membalas kejadian-kejadian sedemikian..

Namun setelah aku fikir-fikirkan semula,mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan mungkin juga,ada sebab-sebab yang muncul dari diri aku sendiri yang telah mengheret aku kedalam kejadian-kejadian sedemikian. Akhirnya aku mengalah. Mengalah pada takdir tuhan yang telah mencipta diri aku sebagai seorang yang senfitif dan juga seorang pemaaf tahap dewa. Seorang yang pada awalnya menyimpan segala perasaan untuk membalas dendam dan sebagainya tapi diakhirnya,akan memaafkan segala-galanya. Melupakan segala yang buruk dan pahit dan menggenggam erat semua yang indah dan manis dalam hati aku. Mungkin kau orang masih belum dapat tangkap apa yang cuba aku sampaikan dalam post ni. Baiklah,biarlah aku berterus terang..

Sebenarnya aku tak nak kehilangan kau orang semua. Sebenarnya aku tak nak berpisah dari kau orang semua. Sebenarnya aku mengharap kita akan bersama-sama,ramai-ramai bekerja di satu tempat yang sama,di satu syarikat atau bidang yang sama,supaya aku dapat bersama dengan kau orang semua hinggalah ke hembusan nafas aku yang terakhir. Tapi apakan daya,dunia bukanlah satu tempat yang adil. Kau takkan dapat segalanya yang kau mahu. Kau cuma mampu merancang segalanya tapi sebagai manusia,sebagai hamba kepada Yang Esa,kau tak punya kuasa ajaib untuk menjadikan segala-galanya berjalan mengikut kehendak kau. Kau hanya mampu berdoa agar Dia mengizinkan segalanya..

Dan sesungguhnya aku memang berharap kita dapat bersama walaupun kita sudah tidak berada di UTP ni kelak. Walaupun kita tak mungkin bekerja di tempat yang sama,di negeri yang sama,di negara yang sama. Mungkin kita masih boleh gather beramai-ramai bila masa semua orang ada masa yang terluang. Akan tetapi,aku tahu tak mungkin semua orang akan ada masa terluang yang sama. Tambahan,masing-masing bakal punya komitman yang berlainan kelak. Tapi kalau semua orang punya dedikasi,semua orang ada semangat, aku yakin,pasti tak punya masalah untuk kita gather bersama-sama satu masa nanti. Dan sebelum aku terlupa,aku ingin meminta maaf secara terbuka kepada kau orang semua. Dan kepada yang mungkin pernah berbuat salah kepada aku,aku maafkan kau orang juga. Mungkin aku akan ketemu kawan-kawan baru bila aku keluar bekerja nanti. Tapi kau orang takkan dapat diganti. Takkan pernah ada penggantinya..

Mungkin ada yang akan terasa pelik,kenapa tiba-tiba saja aku berbuat sebegini,ya? Biasanya orang minta maaf waktu raya saja. Jawapan aku,meminta maaf tu bukannya berdosa pun. Jadi tak salahlah untuk aku meminta maaf sekarang ni. Post ni teramatlah panjang. Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang telah sudi meluangkan masa untuk membacanya dengan penuh kesabaran~

21 comments:

farhazoeLa said...

yeay, aku orang first. anyway, tengah sakit2 mata pun nak buat post gak. hahaha. seyes, aku x kenal sangat muke kau kat klinik semalam. dats y aku pandang pelik. hahaha., sorry la beb.....
hahah entry yang betul2 panjang dari biase. aku berjaya habiskannya. nanti final year buat dinner yang paling gempak ok!!!!!!!

Anonymous said...

2nd place won by liena....
hahhahaa...di kala stress pagi2 de test kol 10pgi sabtu tyme2 wiken ni..adeh~smpt liena singgah blog ko dlu...mak aiii.. pnjg nye...smpt ke nk bc..test jap lgi...pape pon..bace la dlu nk stdi dah nk muntah dah...tiap2 ari test...
ape yg liena leh ckp ble frenship being talk in life there is sweetest memory GOD give..
~It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.~

Malin said...

oh! tidak!
xsanggup bace post ni smpai abes..
sebak2...
sob3...

Syazana! said...

zaman belajar plg best..
time's flying so fast.
thnk God for certain brain cells that can keep memories for a lifetime. ;)

Amizah Azid said...

bakal merindui hecticness seorang pelajar UTP; dan kawan-kawan yg same-same berjuang utk abeskan sisa-sisa sem ni..

aku linked blog ko. arap x kesah :)

Encik Jurassic said...

farhazoela:
haha,kau ni.
komen tak kena lansung dengan post yg aku tulis panjang-panjang ni.
haha,tapi xpelah.
aku harap mesej aku dapat disampaikan dgn jelas.
yeap,insyallah.
kalau aku ade kudrat,aku akn try anjurkan.
(^^,)v

Encik Jurassic said...

liena:
hmm,ni lagi sekor.
tapi seb bek gak laa ade sentuh pasal missing n gone segala bagai,haha.
papepun,thanks sbb dah berjaya komen utk kali pertama kt Melastik Bintang™,thehe.
yeap,aku akn merasa kehilangan korang bila kita dah berjauhan.
tapi aku takkan melupakan semua kenangan bersama korang~
(^^,)v

Encik Jurassic said...

malin:
sebak?
sedih?
nak nanges tahap gaban?
aku pun tgh merasakannya,dalam hati ni.
luaran tak lah,tak macho lak hai,hoho~
tapi sememangnya mcm tulah yang akan berlaku setahun setengah dari sekarang.
tak laem dah tu.
tapi nk wat cmne,mase tu takkan berulang kembali.
n kta kena merelakannya kn..

Encik Jurassic said...

syazana:
zaman belajar pada aku taklah best sgt,kalau dilihat dari sudut yang kita kena belajar,which is pada aku samting yg xsemua orang suka.
zaman bekerja lagi best,tapi ia takkan sama mcm zaman belajar.
keremajaan yg kita tonjolkan,takkan sama bila suma dah bekerja.
walaupun ade yg mungkin stay kekanak-kanakkan nnti,tapi semua yang lain mungkin dah xmcm tu.
dah tak same macam zaman belajar.
cmne nk ronggeng same-same lagi ek~
huhue~

Encik Jurassic said...

mizah:
yeap,bakal merindui segala-galanya.
ponteng bersama,main game same2,gossip2 same,bersukan same,segalanyalah.
seperti yg aku coretkan,"kalaulah masa takkan pernah berubah..."~
takpe,takde masalah pun.
alang-alang jadi follower skalik.
:D

aliaaa said...

aiseh...ade org lain nama alia dlm hidup kau ke. and i thought i was special! lol.

Encik Jurassic said...

haha,of courselah.
what,u thought u're the only alia that exist on the planet earth?
haha,tapi that alia is spelled aliya lah,bukan alia.
but there's another one who's spelled just as exactly as yours.
:D

kblletrina said...

nanti kerja dapat kawan baru janganlah dilupakan kawan yang lama. Jangan jadikan nostalgia aje tau. Dapat duit gaji bagi2 tau la ye. hehe

Encik Jurassic said...

kblletrina:
mmg laa dpt kwn baru,aku takkan lupa kawan lama.
kawan tak seberapa lama pun aku takkan lupa~
aik?
boleh pulak cmtu~

Sahniana said...

check out your link at my blog..hope u satisfied..

Unknown said...

ALALAALLALA... sungguh syahdu! :) we will miss u too! kenangan di bandung akan tetap bersemadi di jiwa beb!

Encik Jurassic said...

sahniana:
owh,really?
hmm,okey~
i'll cekidaut~
:D

Encik Jurassic said...

miss mizah:
huhue,syahdu sungguh ye,memang~
tahniah mizah sbb berjaye komen buat kali pertamenye di blog aku ni,ngee~
yeap,aku takkan lupa sampai mati.
(^^,)v

Malin said...

EJ, bilekah mau update? X_x

Encik Jurassic said...

malin:
hmm,EJ tgh pikir nk tulis pasal ape.
tu yg tak apdet ni.
sooner sooner.insyallah mlm ni or pg esok.
:D

Malin said...

okaiy :D