April 8, 2009

sincerity of a thank you.


Sudah lama aku tak menulis selepas pulang dari Bandung. Rasa lain macam pula dibuatnya. Agak kekok sedikit setelah sekian lama membiarkan Melastik Bintang™ sepi tanpa post yang menarik dan bermanfaat. Sebenarnya,bermacam-macam insiden yang berlaku selepas pemergian aku ke Bandung. Akhirnya,terjadilah post dengan tajuk yang sedemikian diatas..

Selama aku hidup,tidaklah banyak sangat hadiah atau pemberian yang telah aku berikan kepada manusia-manusia disekeliling aku. Aku boleh kira dengan jari,kalau kau mahu tahu. Juga,pemberian orang kepada aku pun tidaklah begitu banyak,juga dalam perkiraan dengan jari-jemari aku sahaja. Tapi aku tak pernah menghargai pemberian sesiapapun dengan sambil lewa..

Lately,aku ada berikan cenderamatahati yang aku bawakan dari Bandung kepada mereka yang berada di tanahair. Itu sahaja yang aku terdaya,harap kau orang berpuas hati ya. Isunya disini,bukanlah aku nak berbangga kerana telah dengan selamat dan jayanya membawa cenderamatahati tersebut kepada kau orang. Tapi,sejauh manakah kau orang menghargainya?

Aku tahu,pasti ramai yang berbalas,aku sudah beri pun dah cukup baik untuk kau orang,bukan? Dan aku tahu,kau orang tak mengharap aku membawakan cenderamatahati yang berharga beratus-ratus ribu rupiah,bukan? Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menerima pemberian aku dengan tangan terbuka,walaupun ada yang tampak seperti hampa menerima keychain yang kecil molek sedemikian rupa..

Tapi ucapan terima kasih terbaru yang aku terima berbunyi tidak ikhlas. Aku tahu mungkin insan tersebut berperasaan kurang senang dengan aku. Mungkin atas hal peribadi,ya? Sampaikan sudah agak tidak mahu bertegur sapa dengan aku. Kononnya seperti telah berlaku konflik negara segala bagai. Tapi,tak mengapa. Aku telah berjanji untuk memberikannya kepada kau. Dan aku telah laksanakannya..

Jadi,bercakap pasal cenderamatahati,aku kira ramai lagi yang masih belum menerimanya? So,apa lagi. Berpusu-pusulah anda ke V3A-F2-3 untuk mendapatkannya. Tinggal 21 unit lagi. Janganlah harapkan delivery daripada aku. Kau orang terlalu ramai. Nanti kalau aku hand in personally,ada yang akan kecil hati pula. So,to play safe,apa kata kau orang yang datang untuk mendapatkannya? Ayuh,cepatan!~

Insyallah,jika aku berkesempatan menjelajah kemana mana lagi nanti,akan aku berikan lagi cenderamatahati kepada kau orang. Tapi mungkin bukan dalam masa yang terdekat. Al maklumlah,masing-masing pun sedang sibuk dengan kerja masing-masing. ETP,projek-projek subjek dan segalanya. Owh,sudah dapat tempat praktikalkah kau orang? Kalau tak keberatan,berkongsilah dengan aku. I'd love to hear it~

p/s: Terima kasih untuk bear comel yang telah kau berikan. Aku sangat menghargainya.

6 comments:

farhazoeLa said...

hey, untuk aku ade x? haha.hurm, im so sorry for the last-last-last incident yang x disengajakan. harap kau dh lupekan. cume sampai sekarang aku rase bersalah.. hoho (bile ternampak kau je la.time makan x. ngeee) okeyh. saje drop by. ive link ur site in my blog~

Encik Jurassic said...

haha,sperti yang aku katekan,no delivery.
kalau kau nak,sms aku or pm aku kt gtalk.
ade je lagi ni.
aku tga reserve utk sesape yg rajen utk mintak dr aku.
siyes,aku xset dlm kpale nk bg kt sape.
so anyone bleh mintak.
kau nak?
bleh3~insiden lame tu?
haha,sam gigi palsu?
hahah,gigi palsu ni xlame lagi akn jadi gigi putih berseir,nk bukak dah braces aku ni.
:D

farhazoeLa said...

adeh.. jangan la diperkatakan lagi.. aku masih teringat.. eyh,. xpe, aku nak gak souvenir dr bandung. lalala. nice blogging!

Encik Jurassic said...

haha.
apelah kau,hal kecik cmtu pun nk ingat2 ke.
ingat sebagai kisah lucu sudey~
kau nak?
kena ingatkan aku lah.
sms aku bile aku nk g kelas,untung2 selisih,aku bagi.
takde laa nmpk cm delivery kn?
nmpk cm selisih je.
:D

beLLe said...

nak jugakkkk.. nak jugakkkk~

Encik Jurassic said...

eh eh?
cm ade makhluk menyibuk je?
wakakakakakak~