May 24, 2009

big boys don't cry. they burn things.


Hari ini merupakan satu titik permulaan baru untuk aku. Aku telah bakar kesemuanya. Ya,kesemuanya. Bermula dari surat pertama yang penuh dengan tulisan warna-warni set krayon kepada kad kecil terakhir yang datang beserta sampul merah comel,bertulis dengan pena warna hitam,berisi mesej ringkas yang sangat bermakna pada waktu itu,tapi tidak lagi sekarang..

Sudah lama aku menyimpan kenangan-kenangan itu. Terlalu lama mungkin. Terlalu lama sehinggakan aku tak berdaya untuk melihat dia pada hari ini. Hari-hari yang berlalu menyaksikan aku berpaling muka atau berubah langsung arah langkah kakiku tatkala figuranya dikesan di radar mataku. Itu cerita lama. Aku ingin biarkan ia berlalu,ditiup angin jauh-jauh..

Sedang aku mengemas barang-barangku untuk berangkat pulang,aku terlihat kelibat kad-kad tersebut. Cukuplah. Sudah lama sangat aku menyimpan kau orang dengan rapi. Menyimpan kau orang ditempat yang tak sepatutnya. Ditempat yang sepatutnya dipenuhi oleh kad-kad dari orang baru,dari insan baru,si istimewa yang baru dan bukannya dari insan lama,kenangan lama..

Pada mulanya,terasa juga seperti ingin menyimpan kad-kad tersebut untuk satu semester lagi. Melihat apa yang mungkin terjadi. Entah mungkin,bibit-bibit lama datang kembali. Tapi fikirku,sampai bila aku harus berfikiran sebegitu rupa? Mengharap sepenuh masa? Kau sudah tidak rapat dengannya semenjak peristiwa itu,masakan kau tahu isi hatinya? Kau fikir hatinya takkan berubah?

Lantas aku capai pemetik api. This is it. Your life will end here,my dear memories. Dan kepada kad-kad sekalian,too bad they can't have you guys recycled and be made into a new sheet of paper. Tampak seperti kejam tetapi,8 daripada 10 orang akan berbuat begitu jika mereka berada ditempat aku. Aku pasti. Bakar,bakar kesemuanya jadi abu. Kemudian kutip dan taburkan bersama angin lalu. Biar ia benar-benar hilang ditiup angin..

Aku rasa,sudah tiba masanya untuk aku mengambil berat tentang si istimewa yang baru. Sudah tiba juga masanya aku berhenti menyibuk hal si istimewa yang lama. Seseorang yang baru,seseorang yang bukan datang dari kenangan lalu. Yang berlalu biarlah dengan kelaluannya. Yang baru,datanglah dengan kebaruan mu. Datang dan bantu aku bersihkan kotoran degil kenangan lalu itu..

Owh ya. Kalau boleh,biarlah si istimewa yang baru itu bertindak seperti pencuci lantai. Membersihkan lantai yang kotor dan bukannya menghapuskan lantai yang kotor. Berdosa pula berhapus-hapus silaturahhim,bukan? Sampai nanti,sampai mati...

13 comments:

abeelo said...

hoho. harap-harap si istimewa yang baru itu tak menjadi tukang cuci di bangunan-bangunan kerajaan.

just kidding!

We forget because we must And not because we will.
- Matthew Arnold -

Urutoraman K said...

eh aku simpan lagi dowh surat2 awek lame aku.

bile bace balik, aku gelak guling2. jiwang gak aku dulu.

aku ingat nak bukukan, pastu nak publish. bwahaha

Unknown said...

owh dude
what a relief to see past memory burn away
kene move along
cm lagu all american reject

nocturnal said...

ko ni manyumbang ke arah pembakaran terbuka..
pollution!! hentikan pencemaran!!

Encik Jurassic said...

abeelo:
hehe,laen macam je komen kau ni~
cm nk kena lepuk ngn aku je~
haha,kidding.

Encik Jurassic said...

alteraman K:
kau,jiwang?
mwahaha,kasi tunjukdulu surat tu baru aku ngaku,haha.
surat tu bnyk,leh laa.
aku ade ciput je.
yelah,bertahan pun tak lame,mane laa nk bnyk2.
so nk buat buku pun cm memalukan je.
so aku bakar jelah,haha.

Encik Jurassic said...

mr dob:
yeah,itu yg aku sdg lakukan.
"move along move along just to make it through."
bukan burn saje dob,malah ditiup angin jejauh,yeah!

Encik Jurassic said...

atie:
alah atie,brape ciput kad je~
tak sampai sepuluh pun.
pencemaran lah sgt~
satu bilik aku pun belum tentu tercemar taw,haha.
padahal aku terbatuk2 mase bakar tu,punye bnyk betol laa asap die,wakakakak~

farhazoeLa said...

haha
kalau nak simpan kenangan lama, sila jangan perasan mana letak ketas2 kenangan lama. nanti rase tension atau geram secara tibe2. nak ke?
tapi aku, aku dah buang semuanya.
n sangat seronok menjadi orang yang free kembali..

yahoooooooooo
katekan free kepada dunia baru.
katakanlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Encik Jurassic said...

farha:
haha,tu ah.
nk tak prasan cmnenye,dah aku kemas,mesti laa kemas sume brg2 yg ade kn~
tuptup terjumpa,stret amek bakar,haha.
yeah,jadi orang baru.
katakanlahhh~

Sahniana said...

good job mr j..perjalanan jauh lagi,kita xtau apa menunggu di hadapan..

Encik Jurassic said...

sahniana:
tulah sahniana.
jauuuuuhhhh lagi.
i'm glad i've done the right thing.
(^^,)v

zulaikha said...

salam..
itu sebabnya ISLAM itu syumul..
menghalang hubungan laki dan perempuan selain pernikahan..
jadi kes spt ni xkn terjadi..
selain kertas yg anda gunakan mengorbankan beberapa pokok..
dan pembakaran yg menambahkan panas dunia..rugilah wanita menjadi suri hidup anda..
awk telah korbankan cinta yg sepatutnya hanya kpd ALLAH & dia..
kpd benda yg haram..

smoga cinta yg baru ni dihalalkan dgn segara dan membimbingkan anda berdua ke syurga..

dr insan yg sedih dgn couple yg makin melambak..