June 10, 2009

a happy ending.


Alhamdulillah. Setelah lama aku menanti,akhirnya aku dah dapat jawapan yang sebenarnya. Mujurlah,apa yang aku buat baru-baru ni tidak salah dan sememangnya sesuatu yang patut aku lakukan. Dan sekarang aku boleh fokus pada sesuatu yang baru. Dia sudah lama menyendiri,mujurlah happy ending juga akhirnya..

News spread so fast dan aku sungguh berterima kasih dengan teknologi hari ini. Gtalk,Photoshop dan sebagainya. Tanpa teknologi,aku takkan berasa senang hati sebegini rupa. Mungkin pembaca agak blur dengan apa yang aku cuba sampaikan. Biarlah,cukuplah sekadar aku menyampaikan berita yang baik dan gembira saja. Tak perlu aku membuka buku diari lama..

Tahniah and congratulations kepada beliau kerana telah menemui pasangan hidupnya. Aku bergembira untuk dia. Pilihan yang bagus. He's a gud person you know. Just as what you wanted for your life partner. Aku masih ingat ciri-ciri yang kau tuliskan dalam blog kau suatu masa dahulu,bermulalah dari point pertama dan seterusnya..

Terasa seperti ingin memberi nasihat tapi tak apalah. Aku khuatir ia akan memburukkan lagi suasan yang sedang tegang sekarang ini. Kepada si jejaka pilihan beliau,kau jagalah dia elok-elok ya. Kau pun lebih mengetahui tentang dia,sangat mengetahui tentang dirinya aku pasti. Jangan jadi seperti dulu. Kau juga tahu tentang aku dan dirinya dulu. Kau faham-faham sajalah maksud aku ya?

Malam semalam mungkin kali terakhir aku bermimpi tentang kau. Cukuplah sebanyak 4 kali aku bermimpi tentang kau dalam hidup aku. Tak perlulah untuk kali yang kelima. Tolonglah tuhan,janganlah datangkan dia dalam mimpi aku lagi. Dia dah ada orang baru. Tak perlu Kau ingatkan lagi aku kepada dia. Doaku,semoga kau orang bahagia selamanya...

p/s : kepada beliau,aku dedikasikan lagu ini kepada nya, Amylea Azizan - Aku Sindarela. selamat berbahagia kamu berdua~

6 comments:

A E D A said...

heh...i also knw abot that :) xpe, stiap org ade pasangan masing2. just wait n u'll find her one day :D

Encik Jurassic said...

heheh,yeah.
aku pun baru tawu.
sebenarnya aku dah lama curiga,semenjak dulu2 lagi pun.
i mean,mmg dari dulu2 lagi,hehe.
yeap,aku harap aku jumpelah psgn aku suatu hari nanti.
harap2 tak jadi macam dulu2 once dah jumpa tuh.
:)

nenasoren said...

kamon sam!life goes on babe.
camne intern? sibok?

Encik Jurassic said...

anas:
yeah,life must go on.
lagipun,agnes menanti aku di bandung,wakakak~
intern life okey laa.
sibuk tu kdg2 je.
lagipun masih awal ni,tak sibuk mane lagi lah.
lepas2 ni,who knows kn.

A E D A said...

hehe.xpe2. no regrets & blame no one especially urself. pengalaman tu penting..hehe

Encik Jurassic said...

hehe,tulah.
life's a journye.
terjumpa samting dipertengahan jalan,biaselah tu..
tersepak batu ke,kaki terseliuh ke,biaselah tu kan~
aku takkan blame sesape walaupun terase nak blame die,haha.
pengalaman itu penting,yap2.
(^^,)