June 22, 2009

malaysia, indonesia dan juga singapura.


Malaysia,tanah tumpahnya darahku dan darahmu jua. Selama 20 tahun aku hidup,hampir 99.99992 peratus daripada tempoh itu aku habiskan di sini. Hampir kesemua negeri di Malaysia ni pernah aku jajah. Bermulalah dari Perak,kemudian Johor,diikuti dengan Pahang,muncul pula Pulau Pinang dan sekarang ini,Kuala Lumpur. Masyarakat disini berbeza-beza. Di utara dengan budi bahasanya,di selatan dengan sopan santunnya dan di timur serta barat dengan adat budaya mereka..

Peribahasa selalu mengatakan, "Hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik dinegeri sendiri.". Dan aku memang rasa kalaulah hujan emas terjadi di Indonesia sekalipun,aku tetap akan bersyukur dengan hujan batu di Malaysia. Siapa yang tak sayangkan negera mereka sendiri,bukan? Kalau kau tak sayangkan negara kau sendiri,lebih baik kau murtad negara sahajalah. Jadilah warganegara negara lain yang sudi menerima kau..

Ceritanya lain pula di Indonesia. Aku pernah berkesempatan menghabiskan 0.00008 peratus daripada 20 tahun hidup aku yang sekarang ini di negara yang bertatahkan adat jawa itu. Mereka juga dengan budaya mereka tersendiri. Pengalaman selama 4 hari aku disana memberikan aku peluang untuk mengenali sebahagian daripada adat-adat jawa yang tak terkira banyaknya itu..

Dan seperti apa yang aku selalu perhatikan di kaca televisyen,rakyat-rakyat Republik Indonesia sememangnya terkenal dengan rupa mereka yang berkacuk-kacuk banyaknya. Ada yang seperti gadis dari Rusia,gadis dari Belanda dan ada juga yang berwajah Jawa tulen,masih tampak anggun dengan raut wajah mereka yang manis itu. Budi bahasa juga menjadi sanjungan mereka. Juga bersopan santun dengan adat jawa,sungguh ramah dan berperwatakan menarik. Kalaulah aku berkesempatan,pasti aku akan kesana lagi. Mencari lagi pengalaman bersama orang-orang disana..

Tidak seperti di Malaysia dan Indonesia,tiada sedikit pun masa daripada 20 tahun hidup aku pernah aku habiskan di Singapura. Walaupun aku pernah menetap di Johor dan kerap kali juga aku melihat Kota Singa itu dari Tambak Johor,tapi kesempatan tidak pernah berada dipihak aku. Aku mengenali personaliti warga-warga Singapura sepenuhnya daripada televisyen. Siaran rangkaian televisyen mereka yang sangat luas itu memberikan aku peluang mendapat siaran percuma walaupun aku berada di Kulai..

Seperti biasa,warga-warga Singapura juga baik-baik belaka. Cuma yang membezakan mereka dengan Malaysians dan Indonesians ialah rata-rata warga Kota Singa itu mempunyai kehidupan yang mewah dan selesa. Dan sememangnya kita tahu,Singapura adalah negara yang kaya. Keluasan Singapura yang agak kecil itu memberikan mereka peluang untuk memaksimumkan hasil pendapatan mereka. Mereka juga merupakan antara negara yang termaju di Asia tenggara. Dan kerana itulah negara mereka dipenuhi dengan bermacam-macam tarikan yang menarik seperti Songs of The Sea dan sebagainya..

Terus terang aku katakan,aku kepingin sungguh untuk ke Kota Singa itu. Aku ingin benar merasai kehidupan disana. Kalau 2-3 malam sahaja aku dapat bermalam disana pun sudah memadai bagi aku. Tambahan pula,aku punya seorang sahabat yang merupakan seorang Singaporean, yang baru aku kenali hujung tahun lepas. Daripada dia lah aku mengetahui lebih banyak tentang Singapura. Kerap kali juga aku memberitahunya yang aku ingin ke Singapura. Harap-harap beliau sudilah menjadi tourist guide aku bila aku tiba disana kelak. So,kepada rakan-rakan,apa kata kita tukar destinasi percutian hujung tahun kita? Indonesia sudah kita tawan,apa kata kalau kita tawan Singapura pula?~

p/s: mahu pergi melihat Songs of The Sea~