July 3, 2009

bila sir alex ferguson berbicara.


Bola bola bola. Lagi lagi bola. Tiba saja musim-musim perpindahan liga-liga yang hebat di Eropah tu,memang tak cukup mulutlah nak bercakap pasal pemain mana yang nak dibeli,pemain mana yang nak gantung but,pemain mana yang tamakkan duit yang ditawarkan oleh kelab-kelab kaya,dan pemain mana yang setia dengan kelab masing-masing untuk satu musim lagi sekurang-kurangnya..

Musim perpindahan kali ni sememangnya menampakkan penguasaan wang yang telah mengatasi segala-galanya. Mengatasi tradisi kelab-kelab yang sudah lama tertubuh dan bergelumang dengan kemahsyuran,yang kebiasaannya berjaya membeli pemain berdasarkan kemegahan kelab mereka dipersada bolasepak antarabangsa..

Tapi kali ini lain pula ceritanya. Jelas sekali aku lihat,kelab yang punya wang yang lebih banyak berlagak seperti merekalah kuasa veto dalam segala hal. Dalam hal perpindahan pemain di England,pemain di Sepanyol,di Jerman dan di Perancis. Kau tengok sajalah kelab yang dimiliki oleh jutawan Arab tu. Kelab apalah sangat mereka tu? Kira sajalah dengan jari,berapalah sangat tropi dan piala yang mereka pernah genggam sepanjang penubuhan mereka. Namun,hampir semua pemain didunia ini ingin mereka beli. Samuel Eto'o,Tevez,Ronaldinho,Ribery...

Begitu juga dengan kelab yang kononnya digelar 'Gergasi Bolasepak Sepanyol' itu. Gergasikah kau bila satu piala pun tak dapat kau genggam sepanjang musim 2008/2009? Ya,kau mungkin memiliki kekayaan seluruh dunia hinggakan sanggup berhutang untuk membeli pemain sayap terbaik dunia dari England. Namun prestasi kau semakin hambar dan juga memalukan. Gergasikah kau bila beberapa kali bertukar pengurus dalam musim 2008/2009?

Hampir semua pemain yang kami mahu,kesemuanya kau mahu ambil ya? Apa dengan wang kau itu,kau ingat kau mampu menjadi kelab terhebat di dunia? Membeli dan mengumpulkan segala pemain terbaik yang pernah dunia miliki dalam satu pasukan? Baik. Kami mahu lihat. Sejauh mana kau dapat pergi dengan kemahsyuran wang kau itu. Kau memang hebat dari aspek wang,itu kami tidak ragui. Tapi kita lihat lah nanti,berapa tropi dan piala pula yang berjaya kau bawa pulang ke Santiago Bernabeu nanti...

p/s: temubual bersama sir alex ferguson berjalan lancar di PCSB. alhamdulillah~