July 28, 2009

oh lover,no i can't afford your game.

Tarik punya tarik,alah- alah aku yang tergolek. Heissh,tak seronok sungguh lah! Tapi apakan daya,itu yang dah terjadi sekarang ni. Aku kira,tali anchor feri Pulau Pinang yang berada antara aku dan dia bagai nak putus sudah. Aku malas,aku penat dan aku meluat main tarik tali sama kau,kau tahu?

Perempuan,kau memang comel dan menawan hati aku,itu aku akui. Sudah lama aku mengejar kau,kau tahu? Dari Perak sampailah ke Kuala Lumpur,tak berhenti-henti aku mengejar kau,kau perasan tak? Aku ambil berat tentang kau,dari pagi hari hinggalah ke malam hari. Tapi ternyata,pabila kau sudah kemari,ke tempat asalmu,belang kau mula kelihatan. Betul kata Iman,aku berhak mendapat yang lebih baik darimu..

Kau lupakan aku bila kau disana. Kau lupakan aku tatkala kau mendapat kawan-kawanmu. Kau tolak aku,seolah-olah aku tiada lansung pernah mengambil berat tentang kau. Keji,sungguh keji. Ya,mungkin salah aku. Salah aku memanjakan kau seperti isteri aku sendiri,mungkin? Hampir beratus-ratus juga wang aku melayang,semata-mata untuk menggembirakan kau. Tapi,ini yang kau balas ya?

Tak mengapalah. Terdahulu,setelah agak lama kau berdiam diri,kau muncul secara tiba-tiba,kau bertanyakan tentang satu barang kepunyaan aku yang penuh dengan fail-fail digital itu. Waktu itu,kau menghubungi aku terlebih dahulu. Sejuk hatiku seketika. Setelah lama asyik aku saja yang mula menghantar pesanan ringkas kepada kau tapi kali ini,kau yang mulakan terlebih dahulu. Tapi,rupa-rupanya kau hanya mahu meminjam barang itu sahaja ya? Bukan untuk bertanyakan khabarku?

Jikalau aku tidak punya barang tersebut,agaknya kau akan menghubungi aku kah? Hampa juga bila aku menyedari niat mu itu. Tetapi aku diamkan sahaja. Atau mungkin,kau merapati aku kerana aku merupakan seorang scholar PETRONAS? Kerana aku bakal bekerja sebagai engineer yang memperolehi gaji besar pabila aku bekerja kelak? Supaya kau boleh hidup mewah? Begitukah,perempuan?

Maaflah,kini kau bukan perempuan idaman yang aku kenal dahulu. Kau bukan gadis kacukan melayu seberang yang aku kenal awal tahun 2009 yang lalu. Kau bukan lagi perempuan yang aku mahukan. Selamat tinggal kenangan lalu. Ya,mungkin aku akan cair kembali selepas mendengar pujuk rayumu,lagak manja perbualanmu,dan senyuman manismu itu selepas ini. Akan tetapi,aku juga berdoa,supaya aku ketemu si dia yang baru,yang lebih baik daripadamu sebelum semua itu terjadi!

p/s: aku rasa terkilan amat! moga-moga kau baca post ini.

29 comments:

Unknown said...

sgt mnyedeykan dude

Encik Jurassic said...

salah aku gak bro.
manjakan sgt,suap sgt.
tapi takpelah,dah jadi!
haha,move on dude,i must move on.
:)

NAZRIN HASHIM said...

Anda masih seperti Syamsurie yang ku kenal semenjak 13 tahun yang lampau.. Hehe..

Encik Jurassic said...

hehe,ya ke nain?
hmm,haraplah aku dapat berubah menjadi lebih baik,amin..
:)

FOGGIE SI KATAK HIJAU said...

bagus sam... mulakan hidup yg baru... da lame kan aku nasihat ko pasal minah ni... ade ramai lg pempuan laen... ryte?? btw..jom balik utp convo ni!! :D

Encik Jurassic said...

huhu,betol tu ana.
tapi ntah laa,asal org nasehat psl org yg aku suak je,mesti aku tak dngr sgt.
buta sebab cinta agaknya!
yeah,seperti biasalah,macam dulu2,mulakan idup baru(sekali lagi~).
yeah,ramai lagi,ramaii,sunggoh ramaiii!!
jom2,bile lagi nk jumpe bebudak intern,tym konvo ajelah~

Unknown said...

owh biase
biase suda merana

Encik Jurassic said...

haha,yelah2.
kite muv one jelah,again~

ammar said...

perempuan ni jgn manjekan sangat...
nafsu die de 9 ...
ko manjekan die sekali ade 8 kali lagi die nk manje..
huhu...
pape pon teruskan mencari buah hati yang sejati,,,

Encik Jurassic said...

ha'ah kn.
hampir terlupa pulak aku.
tapi,nk watmcne,dah tersilap!!
haha,takpelah,sume org pun buat silap..
baik,aku akn ingt kata2 kau tu ammar.
insyaallah,moga ketemu yang abadi.
:)

farhazoeLa said...

hey hey hey encik crew, haha, sam. kau pun tahu kan kalau dah sayang, dengan duit2 banyak terbang. anyway, pengalaman lepas kan mengajar manusia jadi lebih berjaga-jaga jangan sampai terkena kali ke 2. kalau betul2 sayang, jangan terlalu tunjukkan sayang. orang kate, aku iyakan je.. memang betul pun. dan kalau putus sekalipun, mungkin takda jodoh, segalanya pun memang dah ditetapkan untuk kau hanya berkawan je dan bukan untuk berkongsi hati dan perasaan sampai bila-bila. cheer up man~

bunga bukan sekuntum, apa lagi, pergi la taman bunga~ >_<

Anonymous said...

okeh!!
dh baca post ko...
mule2 lawak pon ade...kuang asam gle contct sbb nk pnjm brg..hadey~~
dah la sam...single life skrg!!!
hehehehe

Encik Jurassic said...

farha:
haha,etol tu.
kalau sayang,duit terbang,aku setuju!
hmm,kalau tak punya jodoh dgn die,aku takesah pun.
ramai lagi diluar sane.
jgn tapunya jodoh dgn sape2 sudah lah.
aku tak mahu mati kesorangan,huhu.

Encik Jurassic said...

lina:
hehe,lawak?
hmm,aku pun bile pikir2 balik,lawak gak tgk cm gile aku keja2,tegile2kn die,hmm.
single sekarang?
haha,boleh jugak!
tapi smpi satu mse nanti,aku nk kapel gak lah.
haha.
bosan gak kdg2 idhop single ni.
kdg2 je laa.
tapi lau single,leh flirt ngn sesape pun.best tuu!
skali dgn awek org pn aku flirtkan.
alahh,baru bf gf je pon,hahahah~
(keji gile aku~)

F Hzh said...

*sam
insyaAllah ada . dah jangan sedih2 pikirkan hal xde jodoh plak. hehe

BZ said...

haha.. x pe2 hiburkan diri anda d utp convo.x silap ade amy search n aizat.. (promo..) kt wat reunion batch keta abg faris?? LOL...

si pelupe

Encik Jurassic said...

farha:
oih,takkan punye nak sedih2 pikirkan hal tade jodoh,hehe.
weit,awat blog kau kena invitation plak?
huh~

Encik Jurassic said...

cik bal:
haha,ye2,spe kate aku sedih ni,aku terkilan sje okey!~
esh,aku mmg nk dtg konvo pun.
aku taw korg rindu kt aku,kn3?
reunion?gathering?
wokeyh,aku on!
nnt kite set dgn abg faris amcm?

(kau mmg pelupa!)
:D

Encik Jurassic said...

kenapalah kau buat invitation kt blog kau~
bal?
dulu takde cmtu punn???

Unknown said...

suda xjauh sammy
kite makin dimamah usia
setaun lagi yang mendatang
kite pegi taman bunga
xder kt tman bunga pnajat gunung crik blood orchid
anda berani?

Encik Jurassic said...

haha,tulah sapal.
setaun saje lagi!
lepas tu aku mahu keluar carik pasangan hidop sambil bekerja!
haha.
jom2,kalau kt tmn bunga dah habes,gunung pun gunung lah.
aku brani!

BZ said...

dh leh view dh. ko x link pun...

Tipah said...

takpe lah encik ahad day.. suatu hari.. akan ditemukan jua yu dgn gadis idaman yg akan ditetapkan menjadi jodoh yu..

Encik Jurassic said...

bal:
haha,dah bleh ek?
hmm,dulu kau tak link blog aku lagi,tu yg aku tak link blog kau tu,skng da link ye?
awkeyh,akn ink sknrg gak!

Encik Jurassic said...

tipah:
huhu,moga2 laa adikk.
takkan laa smpi dah tua pun tak jumpa jodoh kn.
but who knows?
whuhu~

farhazoeLa said...

*sam
xde r.. mane ade kene wat invitation./ mengarot nihh.. hehe. ngigau eh. meh aku sepak sket.. eyah.. haha. sengal!

.::R A F I::. said...

jgn sedey ea sam..
biase r tuh..
hahah..
cheer up man!!~
tgk kt pjbt steady je
okey kot?
haha

Encik Jurassic said...

farha:
haha,ape kaitan tu ngn kau?
tu kaitan ngn cik bal kot.
aku nk view blog die,blogger kate,
This blog is open to invitation bla bla bla mende ntah.
haha,tetibe je nk sepak aku kn~
apekahhh~

Encik Jurassic said...

rafi:
haha,mane pulak aku sedih ni rafi.
sehabis baik dah aku cheer up beb.
kt opis tu,haha,mane ade aku bersedih2.
yeah yeah,cheer up!