
Maksud lebe dan lefre itu sudah semestinya mampu kau orang agak,bukan? Lebe@lelaki bekas dan lefre@lelaki fresh ini tak banyak lainnya daripada pebe@perempuan bekas dan pefre@perempuan fresh. Cuma mereka sedikit berbeza. Sama,tapi tak serupa lah senang ceritanya. Kalau bab hati,sama saja. Keempat-empat pun punya hati. Kalau bab perasaan,pun sama juga. Tapi yang berlainan ialah bab perilaku mereka. Yang ini aku akui,sangat berbeza,memang berbeza..
Lebe tak sama seperti pebe. Mereka lebih komited. Lebe lebih cenderung untuk move on dan mencari haluan baru,membuka buku baru,lembaran baru. Kalau ayat kasarnya,jaranglah mahu berjumpa lebe yang menjilat kembali ludahnya. Bukannya tidak ada yang masih teringatkan kekasih lama,cuma tidaklah seramai pebe. Lebe yang teringatkan kekasih lamanya pula,pasti tak lama. Iya lah,nama pun lelaki,punya pilihan,punya kuasa memilih. Lambat laun,seseorang lebe yang masih mahukan kekasih lamanya,pasti akan move on juga..
Kalau lefre pula,ahh,golongan ini memang berlambak-lambak dimuka bumi ni. Aku yakin,aku pasti,kau boleh jumpa ramai lefre disana-sini. Mana tidaknya,didalam rumah aku sahaja,sudah ada 3 orang lefre. Di kampus pun,memang ramai lefre yang boleh kau temui. Lefre selalu dilihat sebagai golongan yang pemalu. Ini kerana,kalau kau orang perasan,bilangan perempuan sudah melebihi golongan lelaki sekarang ini. Pastilah tak punya masalah untuk memiliki,bukan?
Namun,itu bukanlah sebabnya. Lefre kekadang tidak punya masa untuk cinta-cinta monyet sebegini. Mereka berfikir,kerjaya lebih penting,gadis tolak tepi dulu. Ada juga lefre yang aku kira kurang bernasib baik mungkin. Punya personaliti menarik,baik budi bahasa. Namun mungkin jodoh masih belum kunjung tiba. Sebab itulah mereka masih fresh. Namun,ada juga definisi kurang baik dimana lefre dikatakan sebagai lelaki kosong atau tak punya value. Kononnya mereka ini tidak menepati citarasa,tak kena taste lah,dan sebagainya. Yang ini aku tidak mahu komen lebih-lebih lah. Sebab memang ada pun lelaki yang haprak,jahat dan durjana. Siapa yang mahukan lelaki sebegitu,kan?
So,kepada gadis-gadis diluar sana,mahu pilih lebe atau lefre,terpulanglah. Tidak ada beza sangat pun. Cuma mungkin,lefre tidak punya pengalaman seperti lebe,itu sajalah. Yang lain,mungkin serupa saja. Tapi yang paling penting,lebe dan lefre tidak complicated macam pebe dan pefre!~
p/s: aku dua-dua pun boleh,lefre dan lebe~
4 comments:
yeah..i like that term u used to describe people..lebe,lefre,pebe,pefre
wahaha
hahaha...
well...since aku yg memula gelar ko lebe...sorry sam~
ntahla...
sebagai seorg bekas pefre...aku brani cakapla..maybe golongan 'fre2' ni bukan jenis memain ar....kitorg ni seyes! cewahhh....(poyo jerk!)...ade jugak yg kata pefre ni xlaku...kawan je..yeala..sape nk pompuan ramai kwn laki,xreti sopan santun n xpandai melawa kn? (tp pompuan camni gakla yg kena merisik utk kwn laki..sob3~)
kalo ko nk kata lefre ni xde value..salah tu...aku knal beberape lelaki lefre and ade yg terlampau memilih atau mmg xberminat nk berkapel...well,buat masa inilah....AND diorg bukan berlambak sana sini sam oooiiii...yg aku jumpe byk lebre dr lefre....jujur aku ckp sepanjang kat UTP aku jumpe 2 je lefre...mungkin sesama lelaki diorg xckp knp diorg still single...ego laki kn..mesti mau tunjuk macho~
mungkin btol..lefre xberpengalaman spt lebe...tp sumtimes lebe pun mengharap byk jugak dr pefre...terpulang la...
takde bezanye pun lebe and lefre or pebe and pebre...ke lefre dgn pebe atau lebe dgn pefre...kalo memasing xde pemahaman n bertolak ansur...no communication and understanding as well as respect to each other...SUMA SAMA JERK!
haha,kau nampak@ketemu ramai ke lefre?
hmm,mebi surrounding kau kurang dipenuhi lefre,tapi surrounding aku,berlambak~
hmm,takkesahlah cmne pandangan kau terhadap dorang,semua takde betul atau salah.
papepun,memang ade je lefre yang bervalue,even lebih berkualiti dari lelaki yang dah berpunya.
cuma,yelah,jodoh tak brape nak kunjung tiba,haha.
alah,takkesah lah kau gelar aku lebe ke pape ke,aku takkesah,haha.
yups2,suma same je unless ade kesefahaman.
:D
rafi:
haha,term baru ni.
mane mau cari weyy~
Post a Comment