December 15, 2008

bingung,sungguh bingung...


Hari ni seperti biasa,aku tak tidur malam lagi. Sudah beberapa hari aku begini, menanti mungkin. Menanti sesuatu yang bukan milik aku lagi,menanti sebuah sms dari dia,dia yang bukan kepunyaanku lagi. Kadang-kadang aku terfikir,kenapa perlu berjumpa kalau akhirnya akan berpisah? Mengapa perlunya bercinta jika kesudahannya berseorangan juga? Aku buntu. Sebuntu-buntunya sehinggakan nyamuk yang menghisap darahku pun aku tidak sedar, rumit sungguh memikirkan malang yang telah menimpa..

Apa mungkin,aku saja yang merasakan ini? Apa mungkin,aku sedang bersedih memikirkan perpisahan ini tatkala dia sedang berseronok dengan teman-temannya? Aku pun tak tahu. Setelah kejadian itu,aku seperti sudah kecewa,kecewa dengan sikapnya yang tak pernah memikirkan pasal aku. Pasal hati aku,pasal perasaan aku,pasal kesengsaraan aku,pasal pengorbanan aku selama ini. Semua orang tahu,dalam percintaan memang tak sah kalau tak ada garamnya. Bukannya selalu manis,bukan? Sedangkan orang yang sudah mengikat hubungan mereka pun boleh bercerai,talak satu,talak dua,talak tiga? Sebutkan saja berapa talak yang kau mahu,lepaskan saja kebencian dan kemarahan itu. Kalau dipendam juga,macam apa yang aku telah buat,dan kalau kau tak punya kesabaran seperti aku,aku pasti,kau akan melafazkan talak infiniti,melambangkan betapa kau benci dia..

Tapi aku tidak begitu. Kesabaranku memang mengagumkan. Aku pun tak tau dari siapa atau dari mana aku diperturunkan ilmu kesabaran sebegini. Cukup tegar sehinggakan telah dua kali aku mempertahankan hubungan itu. Tapi, tidak pada kali ketiganya. Kalau kau mahu lari dengan bebas,larilah,aku takkan menghalang pemergianmu,jika itu mampu membuatkan kau bahagia semula. Kau pernah menyayangi aku,mencintai aku,membelai aku. Dan kita pernah bahagia bersama. Tapi tidakku sangka,kau begitu optimistik,kau terlalu pedulikan apa kata orang padamu,sehinggakan aku terluka,aku menjadi mangsamu. Dan kau juga sangat misteri orangnya,atau lebih tepat lagi,kau seorang yang rumit. Aku tahu,seharusnya aku menerimamu seadanya,tetapi kesabaranku ada batasannya juga wahai perempuan..

Akan tetapi,aku tahu. Jika aku dijadikan untukmu,maka menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kecilku untuk memperbetulkan mu,memperbetulkan masalahmu,menyempurnakan kekuranganmu. Aku masih belum mahu mencari penggantimu. Walau hati kerap kali mengesa,walau hati kerap kali menyuruh aku meredakan perasaan,walau kerap kali sahabatku menyeru ke kota metropolitan,menyuruh aku menenangkan perasaan dengan mencari pengganti,gadis baru untuk aku cintai katanya. Tapi aku tak mahu. Bermain-main juga perasaan aku,serba salah juga rasanya. Adakah wajar aku menunggu? Adakah berbaloi aku menanti? Atau sia-siakah aku setia? Aku bingung..

Berduyun-duyun doa telah aku munajatkan,tapi hati yang lara masih juga begitu,terus malarakan diri. Jawapannya masih tidak aku ketahui. Atau mungkin,jawapannya ada pada dia. Entahlah. Mahu saja aku keluar berfoya-foya,mencari gadis baru untuk melupakan yang lama. Tapi cebisan kesetiaan yang masih tinggal ini selalu menghalangnya. Dan aku pun tak tahu mengapa aku masih menuruti kesetiaan itu…

5 comments:

Suraya I. said...

huhu..
saba la bro..
time heals everything,
even the scar remains..
always think,ade org laen yg kene lbeh truk dr ko..
~~

Anonymous said...

nice post
semakin bijak memilih kata2 untuk dilafazkan

aku turut terasa sedihnya sebagai seorang sahabat
dia bukan jodohmu
bersabarlah..serahkan dirimu padaNya
semoga kamu dipertemukan dengan jodohmu yang sebenar satu hari nanti
yang mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya
sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik

nice picture of the week
(mungkin aku x tak segemuk aku dalam gamba tu lagi)

Encik Jurassic said...

huhu
ak sgt terharu skgn kwn2 cm korang
thanks,thanks banget
ye2,ak sedar ape yg prlu ak buat skng
n ak sedang melakukannya
insyallah,ade bisnes yg sedang aku join
n hopefully,dgn join bisnes ni ak akn dpt lupakn kepahitan tu
dgn mndapat kejayaan~

(ko gemuk lagi aa kopi,ahaha~)

-tOm- said...

tora kembali lagi...
samalah cam aku...
tenang sam...
kawan2 ko ada....
tak kemana punya...
one day u'll find out...
cinta la seseorang itu seadanya...
nant akan ketemu gak cinta mu itu
wahai sam...
dont rushing2..hehehe...

Encik Jurassic said...

yeah tom..
ak sedang menenangkan diri laa ni..
jangan risau,aku taw kwn2 aku ade disamping aku,hehe..
doa kau tu tak dimakbulkan laa tom,haha..
papepun,trims tom!