SERI ISKANDAR: Perhatian kepada semua pembaca dan pengunjung blog cheritaantarakita.blogspot.com. Blog ini sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa dan juga sedang dibawah pengawasan dan pemerhatian satu agensi perisikan. Maka,sebarang komen atau artikel yang hendak diterbitkan hendaklah ditapis terlebih dahulu,samada dari pihak penulis ataupun dari pihak pembaca sendiri..
Untuk pengetahuan umum,penulis blog telah disaman sebanyak RM****.** atas tuduhan menulis dan menerbitkan artikel yang telah membangkitkan amarah dan aib pihak tertentu. Pihak pentadbiran blog percaya,perkara ini berlaku disebabkan kesilapan pihak tersebut mentafsir maklumat yang cuba disampaikan oleh penulis blog..
Maka dengan ini,kami menyeru kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini supaya membaca artikel yang diterbitkan secara teliti tanpa menyuarakan tuduhan-tuduhan yang melulu dan tidak berasas. Ini berikutan,penulis tidak mahu menyakitkan mana-mana pihak sekaligus tidak mahu blog ini dikategorikan sebagai ancaman kepada ketenteraman masyarakat..
Peringatan juga kepada penulis blog supaya tidak menerbitkan artikel-artikel yang boleh membangkitkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak sekalipun. Penulis blog boleh didakwa atas Akta Ketenteraman Awam 1958 dan Akta Fitnah 1957 yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau denda sebanyak RM50,000.00 atau kedua-duanya sekali...
10 comments:
uish..camner ley kne saman? story sket~
penipooo
kau siap buat research jenis hukuma utk akta fitnah ke before post nihh
Keane:
hmm,xde lah ekna saman,haha
cume kena saon dengan org je.
org tu laa yang tersalah paham post aku tu..
tu yg aku tulis pasal kena saman tu,haha~
nana:
elleh,biar laa aku penipuu pun
blog aku,kahkahkah~
eh tapi pasal akta tu betol taw,mmg wujud
cuma aku tibai je hukuman die tu,kehkeh~
aliaaa:
owh,akta tu memang ada,aku search kt tenet
tapi hukuman die tu,aku tipu2 je
xde laa plak aku jmpa kt tenet
hehehe~
igtkan kena saman betul
ngeh2
saperkah org yg mnyaun tuh
adekah aq kenal
lalalal~
hehe.
ade ke kena saman betol2?
taklah.
kau kenal orang tu rai.
kau kenal,hehe.
cisdel. tipah tertipu rupanya!
harharhar~
tapi kena tegor tu betol laa thinker.
beselah,orang salah paham,memang banyak!
Post a Comment