February 4, 2009

great great day!

2 Februari 2009 memang hari yang terbaik dan terindah yang pernah aku lalui selama 20 tahun hidup di dunia ni. Kenape aku cakap macam tu? Ade je detik-detik lain yang indah dalam hidup aku ni. Contohnye,tanggal 31 Ogos 2008 iaitu hari aku melamar seorang Cinderella. Eh,tapi tu cerite lame lah. Lupakan lupakan~

Semalam,aku 'bekerja' lebih mase. Kelas semuanya aku skip. Tapi bukan atas alasan aku malas ataupun tertidur,seperti alasan mana-mana pelajar UTP sekalian jika ditangkap memonteng kelas. Aku bertungkus lumus membantu mempromosikan FESCO '09. Event yang aku dah letakkan segala usaha dan keringat aku supaya FESCO '09 menjadi event terbaik sepanjang semester Januari 2009 ni..

Walaupun aku ponteng kelas,ade something yang tuan puan semua kena tahu. Iaitu pengalaman aku pergi ketempat yang jarang sekali dikunjungi oleh UTPians. Tempat tertinggi dalam kampus yang menyimpan segala khazanah dan harta karun universiti. Gile eksklusif tempat tu. Hinggakan kau dapat rasa hembusan air-cond dari lantainya. Level 4 IRC memang sangat eksklusif,sangat eksekutif dan mewah. Teruja aku!~

*Level 4 IRC memang lawa!

Tak cukup dengan itu,malamnye pulak,Aos berborak dengan aku. Terkejut aku bila Aos kata dia ade dikampus. Seharian dia menunggu aku dikelas. Tapi apakan daya,aku terlalu sibuk sepanjang hari. Nak dijadikan cerita,aku pun tanpa berlengah mengajak Aos bersukan bersama-sama kami. Bersama aku,Leya,Ain,Amy,Nakonen,Alia dan Shahril. Bukan main suka lagi aku dapat berjumpa dengan Aos. Rindu punya pasal~

*Seronoknya dapat jumpa Aos!

Lepas tu pulak,aku ajak Aos berkaraoke. Tapi bukan dengan aku seorang jelah. Dengan ramai lagi. Kopie,Syuk,Rima,Apek,Shahril,Aliya,Dila,Ijoy dan aku sendirilah. Memang dah lame aku tak keluar beronggeng dengan Aos. Pada aku,Aos saje yang setia dan sudi menjadi crying shoulder aku. Semua masalah aku bercerite dengan die. Die pun tak jemu-jemu bagi aku nasehat. Sebab tu aku sayang Aos,hehe..

Papepun,siang tadi sepatutnye Aos berangkat pulang ke rumah. Tapi,Aos postpone sampai hari ni. So,boleh pergi ke kelas dengan Aos! Yelah,lepas ni Aos dah takde dekat kampus dah. Dah tak dapat jumpa Aos lagi. So,sementare ade mase ni,gunekan sebaik-baiknya untuk spend time dengan Aos!~

4 comments:

Rizzana Cecilia said...

apsal cm kualiti gmbr kau x berapa bagos neh?

Encik Jurassic said...

haha.
aku mintak kau tinggalkan komen utk post aku saje.
tapi kau g komen sampai kualiti gambar aku skali plak eh.
haha.
hmm,well,utp kn berinternet lembab.
so,aku decide utk upload gmbr dgn kualiti yg rendah je.
size kecik sket.
senang nk upload~
cepat~

Rizzana Cecilia said...

huhu..
camane ni..
komen salah, x komen kang..
mrajok lak...~
eyh, nk mnuntut ilmu sket...
cane nk tulis post pnjg2,
tp x tnjuk smue,
tulis.."bace selanjutnye"
yg cm kau wat simply getting simpler tuh?
ajar aku~

Encik Jurassic said...

haha.
apelah kau ni.
aku takkate salah laa.
cuma pelik kau terpikir nk komen kualiti gambar aku,hehe.
oo,nk blaja?
boleh boleh.
bisa diatur~