Perempuan lagi? Mesti ade yang tertanya,kenapalah penulis suke sangat menulis tentang perempuan,bukan? Jawapan saye senang saje,sebab saye seorang lelaki. Dan sebagai seorang lelaki normal,saye suke menulis tentang salah satu perkare yang saya suka dalam hidup,sesuatu yang saya hargai walau dimana pun saye berada. Perempuan..
Secare spesifiknya,saye suka untuk bercakap tentang perempuan pertengahan umur. Mereka-mereka yang masih belajar dan menuntut di institusi-institusi pengajian dan sekolah juga mungkin. Ape yang menarik minat saye untuk menulis tentang mereka ni ialah tentang sesuatu yang melibatkan diri mereka dengan golongan-golongan lelaki seperti saye iaitu,percintaan ataupun lebih tepat jika saye gunakan perkataan couple..
Saye pernah bercinta. Anda juga bukan? Pengalaman bercinta saye taklah seindah cerita Snow White ataupun Cinderella seperti dikaca televisyen tu. Tapi cukuplah untuk saye mengenali beberape jenis perempuan yang berade disekeliling saye ni. Perangai berbeza,gaya mereka pun berbeza. Kehendak beginilah,kehendak begitulah. Perangai beginilah,kerenah begitulah. Biaselah tu,lelaki pun ada ragamnya juga..
Siang tadi di kelas,saye terdengar sekumpulan rakan-rakan berborak dibelakang tatkala pensyarah sedang mengajar. Ape yang menarik minat saye dalam perbualan mereka itu ialah bila saye mendengar mereka bercakap tentang seorang hero dalam sebuah filem Hollywood. Kacak sungguh kata mereka. Puji beginilah,puji begitulah. Sudah beberapa kali saya melihat dan terbaca tentang keobsesan perempuan terhadap lelaki-lelaki comel,kacak mahupun handsome. Biasalah,lelaki pun obses juga terhadap gadis-gadis cantik,comel serta hot..
Kaitan hal ini dalam percintaan ialah apabila seorang perempuan yang sudah berpunya,bercakap tentang seorang lelaki lain dihadapan teman lelakinya. Tambahan lagi,jika lelaki tersebut lebih kacak,comel dan handsome. Saya pernah merasa. Bukan merasa dipuji,tetapi merasa berada ditempat teman lelaki tersebut. Kerap kali juga terdengar ditelinga dulu,tetapi saye biarkan saja..
Perempuan memang begitu. Mereka golongan yang cepat teruja tatkala melihat sesuatu yang indah ataupun sedap dipandang mata. Same jugalah seperti lelaki. Lelaki juga suka memuji gadis-gadis hot yang lalu didepan mata,bukan? Tapi,si arjuna janganlah risau. Mereka sebenarnya sedang memuji ciptaan tuhan. Perkara baik tu. Bukan beerti mereka berniat curang ataupun berniat sesuatu terhadap jejaka yang dipuji tu. Memang itu lumrah kejadian mereka,dengan 9 nafsu dan 1 akal..
Teringat saye ketika membaca salah satu penulisan seorang rakan yang bercakap tentang ciri-ciri lelaki idamannya. Salah satu daripada ciri-ciri tersebut terselit perkataan handsome dan cute. Biasalah tu. Perempuan mana yang tak inginkan lelaki handsome menjadi peneman hidup? Saye tak katakan rakan saye itu sebagai tak sedar diri,tak mengukur baju dibadan sendiri. Beliau cuma inginkan apa yang terbaik buatnya. Baguslah tu..
Sama juga dengan mereka yang asyik memuja kekacakkan Edward Cullen,hero filem Twillight. Tak salah apa yang mereka buat tu. Sekadar memuji saje. Tidak ade apa-apa niat pun. Jadi,kepada arjuna-arjuna yang sudah berpunya tetapi kerap mendengar pujian daripada teman wanita anda tentang lelaki lain yang 'kononnya' lebih kacak dan lebih handsome daripada anda,biarkan saje. Ingat ape yang saye katakan tadi,itu memang sifat mereka..
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sejenis dengan saye. Bentuk badan seperti Saiful Apek dan berkulit hitam manis ala-ala Opie Zami. Biarkan saje. Janganlah cepat terase seperti saye dulu. Jangan pula ingat mereka sedang membandingkan kekacakkan anda dengan orang lain. Anda sebenarnya lebih kacak daripada lelaki yang dipuji-puji tu. Sebab tu lah anda berjaya menawan hati love of mylife anda tu~
29 comments:
hey perempuan pertengahan umur yg 40 50-an laaa! lol.
(tidak mahu mengaku diri semakin tua hahahh)
hahaha.
since when lak prempuan pertengahan umur aged 40-50 ni?
hahah.
nonsense~
haha..nice post sam..ermm..tok pengetahuan ko..aku plak bukan la org mcm tu..aku xpandang luaran seseorang tu..yg penting hati budi dye..memang diakui..perempuan mane xnk boyfren ensem..tp..bila da ensem sgt cemburu buta pulak kn..biasela tuh..lumrah hidup..n aku xpernah kot ckp orang len yg lg ensem depan bf aku..aku ckp dlm ati je..sekadar memuji mcm ko ckp td..setiap perempuan tu byk ragam kan..aku sendiri pon sebagai perempuan ske tgk ragam2 perempuan yg bermacam2 ni..ragam lelaki??aku xbp minat..aku minat ragam boy aku je..hahaha..obses~
sy juga pernah melalui pengalaman yg hampir serupa dgn penulis..
pengalaman berhadapan dengan gadis2 berdemand tinggi..
tapi perlu diingatkan bhw bukan semuanya macam 2..
bile dia menjumpai psgn yg btol2 seswai, yg btol2 menyayangi, then dia akan belajar untuk saling menghargai walaupun pasangannya bermuka penyamun..
itulah keindahan cinta sejati dan tak semua berpeluang merasainya..
lebih2 lagi kpd yg average-looking la..
kalau sedar diri tu xcantik mana,xbaik mana, xperfect mana, xpyh la demand tinggi2..
silap2 jadi andartu@andalusia pulak..
same goes utk yg laki2 jugak la..
teringat post penulis yg sblm ni, kalau cantik menarik tertarik, tapi hati busuk, perangai busuk, xberakhlak, xbermoral pon xguna jugak..
better lagi yang biasa2 tapi berakhlak mulia dan disenangi ramai..
kan?
*pengkomen bersyukur mempunyai pasangan yg menerima dirinya seadanya
wahaa.
sungguh bernas komen dari encek pengomen ni.
saye setuju,memang mereka-mereka diluar sane seharusnya tidak berdemand tinggi seperti yg pengomen telah suarakan.
pentingkanlah kesetiaan dlm cinta sejati tu dan bukan paras rupa semata-mata.
kepada cik pengkomen,sy tumpang gembira kerana encek pengomen mempunyai pasangan yang secocok dengan beliau~
owh3
ku tidak berape mngira paras rupa ya
klu org yg aq minat tuh cute, means tu kebetulan jer
depend org tu leyh wat aq hepi ke tak
=D
tapi kalau rupa paras elok, tuh merupakan satu pakej
aisey bro
ape cer serupe gua jer
"beginilah nasib diriku yang malang"
tapi aper leh wt
lumrah manusia suka yang elok2
tp kdang2 yg depn mata pn terleps pndang
tapi mujur hati leh grow
klo xpyhla kecik ati jer xbesr2
betul laaaaaaaaaa:
Middle age is the period of life beyond young adulthood but before the onset of old age. Various attempts have been made to define this age, which is around the third quarter of the average life span of human beings.
According to Collins Dictionary, this is "... usually considered to occur approximately between the ages of 40 and 60".
The OED gives a similar definition but with a later start point "... the period between youth and old age, about 45 to 60".
The US Census lists middle age as including both the age categories 35 to 44 and 45 to 54, while Erik Erikson sees it ending a little later and defines middle adulthood as between 40 and 65.
haha...
alia x puas ati
aku,
sgt mementingkan paras rupe laki aku, hikhik..nti da kawen, kalau muke die x hensem, cm x best lak nk tido mlm dok ngadap yg x brape nk hensem..kn
tp org kate, kalau da bchenta, kntot pon jadik wangi..
yeke sam?
x pna lak aku rase kntot ma0s wangi..hikhikhik..~
post yg menarek~
darealme:
hmm,ye ke kau tak mengira paras rupa rai?
hmm,we'll see~
pakej banyak laa kau.
ingat manusia keluar dari perut mak dengan plastik bungkus n ade tande harge ke?
tidak2~
mr d0b:
haha,bukan naseb malang laa bro.
naseb bagus belum sampai masenya nak bertandang.
cmne pun aku takesah.
gemuk ke,kurus ke,cantik ke,tacantik ke.
senyumna kena manis,itu jer~
yup2,hati ni bijak n amazing.
leh self-repair.
:D
aliaaa:
hmm,xabes2 lah kau ni!
haha,siap tulis(copy paste) definition ntah dari mane sumber ntah,haha.
yelah,later on i'll change the definition of perempuan pertengahan umur dalam kamus hidup aku tu okey~
cecilia:
hmm,memang tak salah.
tapi kena ukur baju dibadan sendiri lah.
lau rase sepadan,ape salahnye.
mksd aku dlm post ni satu je,jgn demand tinggi-tinggi.
bersyukur dgn apa yang ada didepan mata,dat's all~
kau kate kentot pun wangi bile bercinta?
tipulah.
aku tapena kentot pun time bercinta.
takde mase pun nak kentot.
bahagia punya pasal laa time tu.
haha.
hahahahaha
btol bro
ak rase hebat manusia wat artificial intelligence hebat lagi ciptaan Tuhan
tapi idup kne go on
wanita hiasan dunia yang terhebat
dapat satu jage sehabis baik
tapi kdang2 xtntu diorang perasan
mestilaaa offended la x, dipanggil perempuan pertengahan umur. muda remaja lagi okayy. kalau mati sekarang pn di usia muda, bukan usia pertengahan.
samsu dah mcm Dr. Chenta
mr d0b:
haa,betol3.
manusia cuba buat AI utk tiru ciptaan tuhan,tapi Dia tetap pencipta tergenius yang teragung.
aku setuju.memang lepas dapat kite kena jage.
tapi lau kite asek jage je,tapi hati kite sendiri tak terjage,bayek kite undur diri jer.
sebab ramai lagi ciptaan Dia yang boleh kite jumpa yang mungkin lebih sesuai dengan kita.
kn?
hahhaa.
yelah wahai cek aliaa wanita 'belasan tahun'.
anda bukan perempuan pertengahan umur.
anggap sajela post saye tu berkecuali untuk anda,hoho.
cecilia.
hmm,doktor chenta lah sangat~
bukan doktor chenta lah cecil.
ni namenye berkongsi pengalaman dan pendapat demi kebaikan semua orang.
sedikit panduan saje.
bukan a whole manual guidebook to a happy life.
tidak2~
btol2
gear reverse org da cipta
so go on jer
life jgn wt jd too much complicated
pening idup jer
wah2..byk tol comment.smbutan menggalakkan. nway ade lg handsome or comel or macho than edward cullen. sape lg kalo bkn nate archibald. hehe
mr d0b:
yess,n kena ingt,life's too short to be wasted.
so go on jelah org kate,jgn pandang belakang or guna side mirror utk usha-usha belakang~
syazana:
hmm,well i dunno much about edward culen or sum archibald guy.
yg saye tahu ialah,post saye memang banyak sambutan.
i mean,banyak jugak la~
:D
ala sam punye kaki panjang la.. seksi kut.. dah la hitam manis, bile senyum bertambah2 manis nye tau. Ni pujian ikhlas ni...
Edward cullen taklah hensem sangat, tapi dia nampak cool dalam cerita tu.
Jadi aku rasa semua lelaki pun akan jadi hensem kalau dia cool. Rasa tenang aje tengok muke dia.
Kalau hensem tapi baran pun sakit juga kan..
oooo~
begitu ke kima~
hikhik,kaki aku kuroslar!
xpelah,kejadian tuhan,xleh pertikaikan,berdosa~
baideway,aku mmg suka senyum-senyum,bertambah seri dimuka(hopefully),hehe~
hmm,betol jugak ckp kau tu.
bersikap tenang,sopan dan berketerampilan akn menjadikan seorang laki tu tampak bergaya dan berkeyakinan.
kalau baran?
owh,shiapa pun tasukaa~
waaa smart lah topic nih:P
hihi,trimas chiby.
lau tpoic smart,komen chiby pun kenalah smart gak,bagi komen2 yang membina sket.
ahakx~
Benda yang cantek susah nak jaga sebenarnya. Takut dirampas orangkan.
Bila kau cerita pasal benda ni, aku pun baru tersedar yg aku sepatutnya kena lebih sensitif kalau nak ckp pasal lelaki laen dpn Bf aku.
Cakap sesama geng perempuan takpa!
Hehe ;D
(eli)
haa,taw xpe.
kau tu jangan main lepas cakap je,kang kena merajuk 2 hari baru taw,ahaha.
yess,cakap sesama perempuan takpa ba~
:D
Post a Comment