April 20, 2009

cerita kipas-susah-mati.


Lepas pulang dari kedai mamak malam semalam,hati aku terdetik untuk menulis post yang agak panjang ni. Tambah-tambah lagi,pertembungan antara Manchester United dan Everton dalam separuh akhir Piala F.A England yang berakhir dengan kekalahan kepada Red Devils menambah lagi keghairahanku untuk mula membebel dan menaip..

Seperti isinya yang tertulis dalam perenggan diatas,suka untuk aku membebelkan sedikit pasal sukan orang lelaki yang diberi nama bolasepak. Atau apabila diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris,dipanggil soccer ataupun football. Eh,lupa pula aku,perempuan pun sudah mula berkecimpung dalam sukan ini bukan? Tahniah untuk anda okay..

Ceritanya disini,semalam aku menonton perlawanan tersebut bersama seorang jejaka dan dua orang jelitawan. Mula saja kick-off,si jejaka yang merupakan penyokong The Gunners dan kedua-dua jelitawan yang die-hard-fan Red Devils itu sudah mula mengeluarkan pendapat mereka sendiri tentang perlawanan malam itu..

Penyokong The Gunners telah awal-awal lagi mengkritik. Katanya perlawanan yang hambar dan tak menarik. Dan kerap kali mengatakan,perlawanan antara Arsenal dan Chelsea yang berlansung pada hari sebelumnya,lebih tersusun dan bertenaga. Jelitawan Red Devils berdua pula kerap juga mengeluh tatkala pemain pasukan mereka kehilangan kawalan keatas bola..

Aku,yang juga merupakan seorang die-hard-fan Red Devils hanya duduk memerhatikan gelagat mereka. Panas telinga aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si jejaka. Tapi fikirku,biarlah dia dengan pendapatnya. Tak guna bertekak lidah. Lebih baik aku tumpukan perhatian pada perlawanan yang sedang berlansung..

Si jelitawan berdua pun tak kurang hebat juga dengan komen-komen mereka. Walaupun tampak seperti mereka sudah mula bosan tatkala perlawanan berlanjutan ke second-half,masih terpampar sinar harapan diwajah mereka. Harapan agar Red Devils dapat membenam The Toffees dan melangkah mara ke perlawanan akhir Piala F.A England..

Aku terkilan dengan sikap si jejaka. Keghairahan yang ditunjukkan tidak kena pada tempatnya. Kau mengkritik seperti kau yang melatih pasukan tersebut. Kau jadi terlebih fanatik seolah-olah kau yang sedang beraksi dikaca skrin. Dan kau memuji pasukan pilihanmu seolah-olah kaulah yang membantu kemenangan-kemenangan yang dicapai sebelum ini..

Fikir aku senang saja. Aku hanya menyokong pasukan pilihanku. Samada aku menyokong Red Devils ataupun tidak,ia tidak akan memberikan sedikit kesan pun pada mereka. Jadi tak perlulah aku terlampau fanatik hinggakan nak mengkritik permainan pasukan-pasukan lain. Lainlah kalau aku ni seorang pemain bolasepak professional atau seorang pengkritik sukan bertaraf dunia..

Aku hanya menyokong,begitu juga kau. Jejaka-jejaka diluar sana harus tanam dan semat elok-elok dalam kepala bahawa menjadi peminat pasukan-pasukan gergasi bolasepak Eropah takkan menjadikan kau seorang yang hebat dalam sukan bolasepak. Kritikan itu perlu,tapi tak perlulah jika kau hanya ingin menghangatkan suasana. Buang masa saja~

p/s : final Piala F.A England 08/09, Chelsea vs Everton.

10 comments:

ammar said...

WAAA...
berjaya komen di post yang sgt fresh..
baru 1 jam di pasaran...
mengenai kekalahan manchester tu pada pendapat aku memang selayaknya untuk everton ke pusingan seterusnya kerana barisan pemain everton jauh lebih berpengalaman dari pemain bertaraf 'bintang' the red devils. Padah menimpa man utd pabila sir alex memandang rendah kekuatan lawan dan menurunkan barisan muda.. (apsal tetibe aku mengulas pjg2 ni)
sbnrnye byk g aku nk ulas.. tp aku rase cukup la..
nnt mara pulak org lain x de space nk kekomen..
huhu..

farhazoeLa said...

huargh. terima kasih., aku peminat setia liverpool. dan kesian man u. huhuh. aku kesian kat dua2.. eyh. kau fan man u eh?

Encik Jurassic said...

ammar:
senasib saje manchester dan arsenal.
tak kisah lah barisan mane yg diturunkan,ceritanya sekarang ni,dah terkeluar mmg tak boleh buat ape kan.
memang percaturan fergie tu ibarat berjudi dgn nasib tu.
tp xpelah sbb pada aku,percaturan fergie utk turunkn budak2 muda mu,atau kecuaian penjaga garisan sewaktu perlawanan chelsea arsenal,atau kehebatan everton menyingkirkan liverpool pd pusingan ke-6,adalh sperti cerita box office yg aku bleh tengok je.
menjadi fanatik tak tentu pasal dan menghangatkn suasana semata2 ingin membela kekalahan pasukan sokongan sendiri sperti yg aku ceritakan,pada aku,bukanlah sifat yg aku rase aku akn amalkan~

Encik Jurassic said...

ye,kesian kat mu.
and aku pun kesian kat liverpool sebab dah tersingkir dari fa cup&champs league.
tapi still ade chance nk grab premier league.
tapi xpelah,kita hanya penyokong je kn.
bukan pemain atau coach team tu.
jadi,berlagak seperti fans jelah kn?
tak perlu fanatik tak tentu pasal kn?
:D

Anonymous said...

Ya..aku juga sedikit terkilan dengan gelagat segelintir penyokong yang gemar mengutuk2@merendah2kan penyokong pasukan lain..terutamanya penyokong2 pasukan ternama EPL.

Ibarat kata kau, kita ni sekadar penyokong, dia orang yang bermain di sana pun bukan tahu kita sedang menyokong. So menyokonglah dengan penuh semangat kesukanan tapi tak perlulah terlampau fanatik sehingga boleh menimbulkan pergaduhan..

Glad to be Los Merengues supporters. Red Devils pasukan kedua yang aku suka. Sedih mendengar mereka kalah.

Encik Jurassic said...

kopi:
yess,pendapat anda mmg bernas wahai inche' kopi.
memang,rooney tu tak taw pun aku sokong mu n huntelaar pun tak taw yg kau sedang menyokong pasukan nya,kn?
so,jadilah penyokong yg bijak,bukan pnyokong yg mambuta tuli smate2.
lainlah kalau dapat duit stiap kali pasukan sokongan kita menang.
kalau macam tu,memang patutlah fanatik tersangat2 kn~
hmm,yeah,aku paling sedih~

Malin said...

oh! i know nothin! heheh :D

Encik Jurassic said...

malin:
owh,tak mengape.
lagipun,post ni xberkaitan ulasan bolasepak atau sebagainya.
cuma sedikit keterkilanan kepada sikap yg ditonjolkan oleh sesetengah manusia kaum sendiri.
:D

Malin said...

aiseyh..
jgn lar nak bermasam-masam muka..
disebabkan bola je pon kamu..
chill :D

Encik Jurassic said...

bukan2.
tiada muka yg masam semase post ni ditulis,atau semase komen ni ditulis~
cuma terkilan dan terfikir kekadang,mengapalah ade yg bersikap sebegitu rupa.
itu saje.
same sperti yg kopi komenkan.
:D