May 17, 2009

berhati-hati menulis blog : bahagian 2.

Tuan puan,ingatlah pesan aku. Berhati-hati semasa menulis blog. Aku baru sahaja melakukan kesilapan besar dalam menulis blog. Kelalaian aku telah menyebabkan segelintir pihak merasa kurang selesa dan marah mungkin. Untuk itu,aku sekali lagi ingin meminta maaf daripada pihak-pihak tersebut. Asam garam kehidupan,tak sah kalau kau tak membuat kesilapan..

Aku terdetik menulis post kedua dalam masa kurang dari satu jam kerana ingin menasihati diri aku sendiri dan tuan puan semua. Kerana aku tak mahu perkara sebegini terjadi kepada kau orang,apatah lagi kepada diri aku. Aku tak mahu tuan puan melakukan kesilapan bodoh yang telah aku lakukan. Aku tak mahu penulis-penulis blog dibenci kerana tak tahu menjaga adab semasa menulis blog..

Aku tahu,segelintir penulis blog berpegang kepada prinsip 'Aku punya blog,aku punya sukalah.'. Salah,itu prinsip yang salah. Ya,blog kau memang milikmu,akan tetapi perasaan orang lain yang membaca blog kau bukan kau yang punya. Jadi beringatlah bloggers sekalian. Janganlah menggali lubang kuburmu sendiri dengan penulisanmu. Bertimbang rasalah. Tanpa readers,apalah ertinya blogging. Tanpa kawan-kawan,apalah ertinya hidup..

Beberapa friendly reminder semasa menulis blog:

1) Jangan berceloteh tentang hal peribadi orang lain walaupun kau telah menggantikan nama sebenar mereka dengan nama samaran atau 'bukan nama sebenar' atau sebagainya.

2) Jikalau bercakap tentang cinta,cubalah untuk berceloteh secara general dan dengan berhati-hati tanpa melibatkan mana-mana pihak.

3) Jikalau kau terasa ingin mengatakan sesuatu tentang orang disekelilingmu,lupakan saja. Jangan kau ingat mereka tak akan tahu tentang itu. Jangan kau ingat mereka tak punya internet untuk mengakses blog kau itu.

4) Jika kau melakukan kesalahan atau telah secara tidak sengaja melukai hati pihak-pihak tertentu dengan penulisanmu,akuilah kesalahanmu itu. Tolak ego ketepi dan minta maaflah dengan rendah diri dan ikhlas.

5) Yang paling penting,beringatlah semasa menulis blog. Jangan berceloteh sesuka hatimu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mereka manusia. Mereka juga punya perasaan.

Jikalau tuan puan berdegil,ingin juga melanggar friendly reminder diatas,teruskanlah. Aku takkan halang. Cuma,kita lihatlah sejauh mana kau dapat hidup dengan ketidaksopanan kau itu. Jadikanlah blog sebagai medium untuk kau berinteraksi secara sihat dengan para pembacamu. Janganlah kau memupuk kebencian mereka terhadap dirimu...

p/s: i'm so sorry my dear friends. please,forgive me.