Post "owh,kau curang ya?" yang aku tulis tempoh hari merupakan kemuncak kesilapan aku,kesilapan terbesar aku dalam dunia blogging setakat ini. Post tersebut telah mereflekskan imej aku sebagai bukan manusia yang bernama Sam atau Syamsurie,sebaliknya menunjukkan bahawa aku seorang back stabber,seorang yang tak tahu menjaga hati orang lain..
Tuan puan sekalian,aku telah melakukan kesilapan besar apabila menulis tentang Si N,Si S dan Si P. Apa yang aku celotehkan dalam post tersebut bukanlah cerita yang sebenarnya. Apa yang aku celotehkan itu,cumalah pandangan mata kasar aku yang tidak tahu tentang apa lansung tetapi berlagak seperti tahu segala-galanya..
Untuk pengetahuan tuan puan sekalian,Si N dan Si P sebenarnya berkawan rapat. Mereka saling berkongsi masalah dan saling bertukar-tukar nasihat. Dan Si S pula bukanlah seorang yang tak serius bercinta. Cuma Si S tak mahu mengongkong pergerakan Si N dan mereka memang saling menyayangi. Dan Si P yang selalu memberi nasihat kepada Si N bukanlah seorang perampas. Beliau seorang yang amat caring,selalu memberi tunjuk ajar kepada Si N..
Post tersebut telah membuatkan segelintir pihak berkata buruk tentang mereka. Aku sedar aku yang telah menyebabkan hal ini dan aku sangat malu dengan perbuatan aku yang keji ni. Aku telah berjanji kepada mereka untuk menjernihkan kembali keadaan. Jadi kepada tuan puan yang telah membaca post tersebut,janganlah kau orang fikir yang bukan-bukan pula..
Sememangnya niat aku menulis post tersebut hanya untuk membincangkan aspek kesetiaan secara general. Bukan secara spesifik mengenai kesetiaan antara Si N dan Si S. Dan jauh sekali niat aku untuk melabel Si P sebagai seorang perampas,sungguh jauh. Tuan puan juga tahu akan itu,bukan? Akan tetapi aku tersilap langkah. Ibarat menggali lubang kuburku sendiri..
Aku mahu tuan puan sekalian jelas tentang perkara ini. Kepada pihak-pihak yang telah berkata buruk kepada mereka,terima kasih kerana telah menyedarkan kesalahan aku ni. Kalau kau orang tak berbuat begitu,sudah tentu aku takkan sedar. Kalau kau orang tak mengheboh-hebohkan perkara ini,sudah tentu aku akan terus melakukan kesalahan sedemikian kelak..
Tetapi,harus aku katakan disini,hentikanlah memburuk-burukkan nama mereka. Mereka bukanlah seperti apa yang aku ceritakan dalam post tersebut. Mereka bukan begitu,jauh sekali. Aku tahu siapa yang membaca post tersebut dan aku memohon jasa baik kau orang semua agar melupakannya ya? Tolong ya,readers Melastik Bintang™ sekalian?
Sebagai seorang manusia,kau juga tentu tak mahu orang lain berkata buruk tentang dirimu,bukan? Jika begitu,berhentilah memburukkan nama mereka. Mereka lansung tidak bersalah dalam hal ini. Aku yang bersalah dan aku terima dengan hati terbuka akan kelalaian aku ni. Dan kalau kau orang ingin berkata buruk juga,berkata buruklah tentang aku,bukannya mereka bertiga..
Akhirulkalam,kepada mereka bertiga,sekali lagi aku ingin meminta maaf secara terang-terang disini. Mungkin ambil masa untuk kau orang memaafkan aku,tetapi inilah hukumannya. Dan kepada kau orang yang membawa mulut tentang hal ini,aku mohon,hentikanlah. Janganlah berlaku zalim kepada mereka. Janganlah menambah beban dosa kau orang...
p/s : moga-moga hal ini kembali jernih seperti sediakala,aminn.