May 13, 2009

yang terbaik untuk anak aku.


Pernah kau lihat kanak-kanak mengemis ditengah kesibukan lalulintas kotaraya? Tatkala enjin motokar dan mobil menderu menuju destinasi masing-masing,melintasi sekumpulan anak-anak kecil yang berkeliaran membawa cawan serta meminta sedikit wang untuk meneruskan hidupnya? Ya,aku pernah. Aku pernah melihatnya didepan mataku sendiri..

Melihat keadaan sedemikian,kadang kala terfikir sejenak tentang masa depan aku. Masa depan keluarga aku,masa depan anak-anak aku. Aku tahu,mungkin masih terlalu awal untuk memikirkannya. Tapi tak salah bukan jika kau merancang masa depanmu? Lagipun,kau bakal berumah tangga juga satu hari nanti. Mempunyai isteri dan anak-anak. Begitu juga aku..

Aku tak mahu situasi tersebut terjadi kepada anak-anak aku. Dan untuk menjamin masa depan mereka,aku perlulah berusaha dari sekarang. Begitu juga dengan kau. Aku mungkin bukan seorang pakar kaunseling yang bagus,dan mungkin juga tak layak untuk memberi nasihat. Tapi satu saja,berusahalah membina masa depanmu dari sekarang. Insyallah,kau akan hidup bahagia kelak..

Sebenarnya tujuan aku berceloteh kali ini adalah semata-mata untuk memberikan semangat kepada kau orang dan diri aku sendiri. Kita kan sedang final exam sekarang ni. Kaitannya,untuk menjamin masa depan yang cemerlang untuk diri sendiri dan keluarga kita dan anak-anak kita kelak,ayuh lakukan yang terbaik untuk peperiksaan akhir semester ni! Serta good luck untuk semua juga!~

p/s: maaflah,aku lansung kehabisan idea untuk berceloteh~

5 comments:

Amizah Azid said...
This comment has been removed by the author.
Amizah Azid said...
This comment has been removed by the author.
Amizah Azid said...

sgt betol, kene usaha dari sekarang.
so gud luck la ye utk final exam dan juga utk mase dpn kau dan anak-anak kau sekali (in advance)

Encik Jurassic said...

hamboi~
banyak komen,tapi delete balik?
aihh,ape agaknye isi komen komen yg sebelumnya tu eh~
aisee,bagus2,you got my message eh.
utk kau juga,gud luck for the final.
n utk mase depan kau,dan anak2 kau serta keluarga kau.
(^^,)v

Amizah Azid said...

haha. sori arr weh. tenet tgh weng. aku tekan byk kali utk komen. tup2 terpampang 3 komen. yang sama! so aku delete la lagi 2 tuh.. so dat ko x rase excited utk reply 3 komen. keskeskes