Pagi tadi sedang aku menyusuri kedai Bally dan Prada sewaktu ingin masuk kerja,seorang gadis menyapa aku. Tersentak,aku melepaskan cengkaman earphone dari telinga untuk mendengar si gadis berbicara..
Gadis : Nanti kirim salam dekat Ajim ya?
Jejaka : Ajim? (kebingungan)
Gadis : Alah,Ajim kawan kau tu,yang pakai celak dimata tu.. (sambil menunjukkan kedua-dua jari telunjuknya dimatanya sendiri)
Untuk melanjutkan perbualan,aku pun berpura-puralah seperti mengenali siapa Ajim yang si gadis sebut-sebutkan tu..
Jejaka : Ohh,Ajim~ Okey2,boleh boleh. (sambil tersenyum)
Gadis : Kontrak sampai bila?
Jejaka : Hmm,sampai tahun depan.
Gadis : Hmm,kau kenal aku tak ni?
Waktu ini,aku rasa seperti si gadis sudah tahu yang beliau sebenarnya sudah tersalah orang. Aku sendiri pun sudah tak tahu lagi bagaimana mahu terus berpura-pura,lantas aku pun berterus terang sajalah..
Jejaka : Hmm,macam tak~ (sambil tersengih)
Gadis : (sambil menunjukkan tag namanya) Ni aku lah~ Dulu aku pakai tudung,sekarang tak.
Fikirku,mungkin si gadis kali ini betul-betul fikir aku kenal Ajim. Memandangkan orangnya comel,maka aku seraya meneruskan berpura-pura. Manalah tahu,dihulur pula nombor telefonnya nanti kan..
Jejaka : Ohh,patutlah tak berapa nak perasan,dah tak pakai tudung~
Gadis : Alah,kan aku kerja dekat studio~
jejaka : Ohh,haa. Betul betul~
Sedang kami menuju ke pintu masuk Menara 1,si gadis mengubah laluan kearah pintu masuk gimnasium yang terletak disebelah kiri kami pada waktu itu..
Gadis : Okeylah,bye bye~
Jejaka : Okey,bye bye~
Sememangnya aku tidak kenal akan Ajim yang si gadis sebutkan tadi. Tetapi,aku layankan saja takut-takut dikatanya sombong pula nanti. Fikirku,ada pelanduk dua serupa yang berhampiran kah? Atau si gadis berniat untuk berkenalan dengan aku dan menggunakan cara tersebut untuk mula berbual dengan aku? Entahlah. Aku pun terus masuk melepasi pintu palang dan menuju ke aras 18 dengan rasa pelik bercampur teruja. Peristiwa istimewa dihari istimewa...
p/s: namanya Shofiah. gaya bahasanya seperti Sabahan or Sarawakian. patutlah comel~
7 comments:
ha2.. ko neh.. awek dahi licin aj trus nk spu.. ceh..
notty ko sam!! hahaha~
haa,yg ni yg kite taknak dengar ni.
bukan mahu sapu hey~
mahu berkenal saje~
tasalah buat kawan,kn?
ne taw aku g sabah/sarawak nnt,leh tumpang tido umah ke,kn?
:)
hana:
hehehek.
bkn notty~
aku mmg dah lame nk break the ice dengan gadis2 di persekitaran aku.
tapi tgk2,die yg tego aku dlu,so takkan nk buat kerek je kn?
nnti tak tercapai laa azam aku~
paling kurang,b4 abes intern,aku mahu kenyit mata sekali,buat2 gentleman mintak nombor,kat awek yg aku jumpa mase tga jln2 ke,or tnggu bas,lrt ke.
hehe,target b4 abes intern!
sbb kt utp,sume org da kenal aku,wahaha~
menjalinkan silaturahhim~
hahah..
ini lawak..
konfem ah awek tu salah orang..
tapi cover baek nye..
esok ko tunggu ag kat pintu gym tuh..
ahah..
tgk die nak tego ag ke x
sam aku penah ade pengalaman camni..
hasilnya sangat memberangsangkan..
rugi xcuba beb~ hahaha
haha,betol3.
semalam masa naik tren,ada satu pengalaman cani gak.
dapat no telepon,nice!
Post a Comment