October 11, 2009

sembunyi.

Setiap orang ada hal yang mereka prefer untuk sembunyikan. Sembunyikan daripada ibubapa,kaum keluarga,orang tercinta mahupun kawan seperjuangan. Aku percaya,walau apa pun sebabnya seseorang itu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang lain,sedikit sebanyak pasti hal tersebut ada berkaitan dengan orang yang mereka sembunyikan perkara itu. Betul bukan?

Aku tidak suka bersembunyi. Hal,diri,kebolehan diri,kemampuan. Kalau boleh mahu saja aku tunjukkan semuanya pada dunia. Biar mereka tahu aku,kenal diri aku,sedar akan kemampuan aku. Tapi apakan daya,tak semua bahagian pada diri aku ini baik dan menarik untuk ditonjolkan. Aku juga kurang senang jika orang menyembunyikan sesuatu daripada aku. Kurang senang kerana aku tahu,jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu daripada aku,pastilah perkara itu ada kaitannya dengan aku,bukan? Atau mahu menjaga hati juga mungkin..

Sebetulnya,kalau kau jujur dan ikhlas,pasti tiada apa yang kau akan sembunyikan daripada pengetahuan orang ramai,betul? Tidak,aku tidak mengatakan bahawa orang yang menyembunyikan sesuatu itu tidak jujur,tidak ikhlas mahupun ada niat tidak baik. Tidak tidak. Cuma ada sesetengah orang yang jenisnya berperasaan ragu-ragu. Contohnya,kalau aku tahu dan perasan seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu daripada aku,aku akan secara tidak sengaja merasa ragu-ragu dan mulai bimbang. Bimbang entah-entah aku secara tidak lansung terlibat dalam hal yang disembunyikan itu..

Aku sedang cuba untuk membuang sifat-sifat buruk itu. Memang betul kata rakan-rakan. Ujar mereka,aku punya raga keraguan yang melampau terhadap orang disekeliling aku. Aku tidak tahu mengapa,tetapi perasaan kurang keyakinan terhadap diri sendiri ini yang telah menyebabkan rasa itu datang. Alhamdulillah,sekarang aku sedang berusaha memperbetulkan kelemahan aku itu. Aku berterima kasih kepada si dia yang istimewa kerana bertahan melayan karenah aku. Dia sangat membantu aku. Tampak seperti dia sudah biasa,namun jauh disudut hatinya aku tahu,kekadang dia juga berasa bingung dengan perangai aku ini..

Mengenai post sembunyi aku kali ini,apa yang aku mahu katakan ialah,kalau kau rasa seseorang itu kurang senang dan telah mengesan bahawa kau sedang menyembunyikan sesuatu,berhenti sajalah daripada terus menyembunyikan. Mungkin sukar untuk kau menerangkan hal itu kepadanya namun janganlah menyembunyikannya sampai bila-bila. Cubalah slowtalk untuk menerangkan situasi yang sebenar kepadanya,ya? Ini nasihat kepada diri aku sendiri juga. Kerana aku pun ada perkara yang aku sembunyikan. Namun lambat laun aku akan cuba untuk menperjelaskannya juga...

p/s: ini bukan post raya,jadi someone kena buat apa yang saya suruh nanti. :)

18 comments:

MEL said...
This comment has been removed by the author.
MEL said...

ape lg..
nyanyi la lagu sembunyi~
hohoho

naddy said...

saye pon xske org smbunyi2~ last2 salah phm je yg berlaku.haih~

harniza hameed said...

=)
suke2

Encik Jurassic said...

nyanyi lagu sembunyi?
haha,tu lagu pmpuan law ye pon!
suh laa mane2 pmpuan nyanyi,bkn saye okey~
:D

Encik Jurassic said...

nadia:
haa,tawu pun.
last2 taw,org cerita kt kite yg si simpulan2 ni tak puas hati kt kite ke kn3.
so elakkan bersembunyi kalau nggak mahu org bersembunyi kt kite gak~

Encik Jurassic said...

miza:
suke?
suke bersembunyi or suka post ni?
haha,kurang jelas disitu~

MEL said...
This comment has been removed by the author.
MEL said...
This comment has been removed by the author.
MEL said...

sembunyi lagu duet la sam oii~
aiyoo~

Encik Jurassic said...

oh ye?
hmm,sory,tak brape nk aware lah pasal tue,eheh.
sy tasuka pun lagu tu.
ntah pape~

naddy said...

ehe.btol2
jgn smbunyi2 pape dr aku ye ;P

Encik Jurassic said...

naddy:
okay,won't bersembunyi.
so skng nk expose,
"bile nk blanje aku wendy's ni? carl's juniorrr???"
haha,kan dah kasitaw.
:D

naddy said...

haha.gle demanding! aritu mase terjumpe kt mid, sombong. kn terlps da carl's jr~ tnggu la ble2 aku turun kl lg ;P

Encik Jurassic said...

hhmm,ritu unexpected laa.
aku pun takenal kau.
dakau freehair spe suh?
terkezot gak aku.
haha.
takpela,kt mapley sudeyh la~
haha.

naddy said...

hahaha
motif terkezut2?
aku terkezut gak~
terjumpe ko kt kl sentral of all places.hihi
yela, mmg plan aslnye mapley kn? ;P

Encik Jurassic said...

haha,motif terkejut?
haha,kalau dah terkejut tu mmg terkejut laa!
haha.
yelah,janji sblm grad kau kena blanje lah ye.
:D

naddy said...

hehe, we'll see
don't forget to remind me ;)