December 31, 2009

penggarisan kulit khinzir.


Semalam selepas balik kerja,aku bersiar-siar di Suria KLCC. Nak dijadikan cerita,aku sengajalah menjenguk kedai ZARA dekat concourse level tu. Sekali sekala ada duit berlebihan dalam simpanan,teringin juga aku menyarung pakaian dari jenama ZARA tu. Macam agung saja bunyinya. Harganya pun agak tinggi sedikit berbanding jenama-jenama lain yang pernah aku cuba. Tapi tidaklah mahal mana pun. Azam aku petang tu,memang mahu memancing sehelai baju ZARA sempena menyambut kehadiran tahun 2010. Tak mahu jenama lain..

Aku masuk ke kedai. Pusing kekanan,menyusuri longgokan baju-baju roundneck yang dijual murah. Murah memang murah,tapi roundneck aku susah bersepah-sepah dirumah. Ahh,lupakan. Aku bergerak ke bahagian baju yang seterusnya. Sebelum sampai ke bahagian jacket dan blazer,aku terserempak satu rak kasut disebelah kanan. Cantik rekaan kasut-kasutnya. Simple but steady. Harganya juga berpatutan. Hmm,mungkin boleh lupakan hajat memancing baju dan bertukar kepada memancing kasut pula fikirku..

Aku berkenan dengan kasut yang berwarna biru berbanding yang hitam dan putih. Putih pun cantik juga. Tapi nanti aku nampak macam salah seorang ahli kumpulan V.E pula. Tak mahulah. Terus aku sambar kasut biru tu tanpa berfikir panjang. Diluarnya cantik. Kulit licin dan berwarna biru gelap. Buatan tapaknya juga cantik,cengkaman yang utuh dan kukuh. Sedang aku melarikan pandangan anak mata kebahagian dalam kasut,tertelan air liur aku dibuatnya. Tersentak seketika..

"PIG SKIN LINING"

"Oh my god!" ujar aku. "Hampeh,sotong kering,ayam katik,@#$!%&^*!" Kenapalah tak letak papan tanda kecil PIG SKIN LINING siap-siap ditepi rak kasut tu? Adoyai,hangin satu badan dibuatnya. Nak marah lebih-lebih pun tak guna,tangan aku sudah terpegang kasut yang dibuat daripada kulit binatang haram tu. "Aduh,kena samak la ni. Mana pula nak cari tanah kat KL ni?",bisik hati aku..

Tiba-tiba seorang salesman berbangsa cina datang menghampiri..

Salesman: Encik,yang dalam je kulit babi,yang luar bukan. Yang luar tu leather.
Aku: Oh ya ke? Betul ni? Kau tak main-main ni?
Salesman: Betul bos. Kalau tipu,saya kasi samak sama you punya tangan la. Free of charge punya.
Aku: Eh,pandai pula mamat cina ni. Tahu pula dia pasal samak menyamak ni eh?

Salesman menganguk-angguk sambil tersenyum. Banggalah tu agaknya sebab dia tahu pasal samak menyamak ni..

Aku: Apa la. Lain kali letak la signage siap-siap.

Fuhh,nasib baik aku belum sempat pegang bahagian dalam kasut tu lagi. Kalau tak,memang aku saman kedai ZARA tu!

p/s: asal kasut jenama mahal je,mesti ada penggarisan kulit khinzir. hampeh!

22 comments:

wani gaga gugu gege said...

kalau kasut lain yg xguna penggarisan kulit khinzir dorg guna penggarisan kulit sape? hmm musykil2

Encik Jurassic said...

haha.
tu aku no komen laa pulak.
mebi penggarisan kulit lembu atau landak atau buaya atau kambing kot?
kena tanye sape2 yg kerja kt kilang kasut,hehe.
:P

Anonymous said...

aku pernah t'kene skali.
tpi, hampir2 nak pgang.
blom pgang lagi.
warning pasal 'pig-skin lining' di tulis t'lalu kecil.
harus lbey alert lain kali.

Encik Jurassic said...

haa,kita senasib lah wey.
memang aku pun hangen asal die bubuh sign tu kecik sgt.
mesti tu taktik die nk lasriskn brg2 pig skin lining tu kt org islam gak.
pastu bile kite dah beli,pastu tersedar yg mende tu pig skin lining,bile kite nk pulang,dorg tak terima.
hampas kelapa dodol betol.

.::R A F I::. said...

rose pon penah terkene
siap try ag kasut tuh
hurmm..
xpeka langsung dengan hukum hakam orang islam
patot ade law pasal ni dowh
hohoh

ammar said...

bagus la korang sume ni..
bersyukur aku masih mempunyai rakan2 yang masih peka dan sensitif mengenai halal haram..
bangganya...

Encik Jurassic said...

rafi:
haa,tulah.
kire naseb rose tak sebaik nasib aku le,haha.
bahaya kn?
xpsl2 kena samak pulak.
tu kalau kite sedar,kalau tak sedar,mau xnye kite mkn pun ntah2 ade lg bekas penggarisan kulit khinzir tu.
eeeeuuuuww~

Encik Jurassic said...

ammar:
haha,nape ammar,kau ingt kwn2 kau dah lupa halal haram ke?
kekeke,smpi cmtu skali kau pikir?
haha.
mestilah.
penting kot.
lagipun,kalau bab khinzir ni,selsema khinzir,penggarisan kulit khinzir,lemak khinzir,"khinzir betol lah!",mmg aku sensitif sket.
hehehe~

ammar said...

x de.
bukan macam tu maksud aku..
bile aku tengok and baca pasal kisah muda mudi sekarang ni kat internet n paper...
aku rase takut sangat...
aku selalu berdoa dan berharap agar sume rakan2 aku tidak terlibat sama...
dan posting ko ni sangat melegakan aku...

Encik Jurassic said...

ohh,hee.
aisee,i get the point.
yeap2,aku pun same berdoa cmtu.
aminn.
:)

ammar said...

fuh..
paham pon..
risau gk..
kalau korg salah anggap maksud aku tu..
tq sam..

Encik Jurassic said...

hehe,mestilah aku faham.
n aku main2 je tu,hehe.
mengusik,biaselah~

GT said...

pena kne jgk kat topshop!

mf tol!

Encik Jurassic said...

heheh,watu pun.
geram n saket hati kn?
topshop punye kasut lelaki mmg xbnyk sgt yg pig skin lining.
tapi kalau pmpuan pnye,mmg bersepah~
btw,hye kwn baru~
:)

merahjamboo said...

zara mmg kena berhati2..mmg banyak kasut dia pigskin...;)

-pja

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

jadi belilah kasut buatan malaysia yang terbukti halal...sound pelik tapi itulah kenyataannya..hi

juanghidup said...

pnh jumpa kdai gitu. memang siot skali. ltk signboard kck jak. bodoh btul.

Encik Jurassic said...

merahjamboo:
yezza,tula pasal.
malang betui.
design dah lawa dah,tapi pig skin.
cheit~

Encik Jurassic said...

pejuang kesenian ekstreme:
hoho,btui2.
walopn jenama cm kurg best sket,asadi la,warrior la,power laa,tapi ternyata halal!
heheh~

Encik Jurassic said...

juanghidup:
haa,tawu xpe bro.
ape tujuan aku pun taktaw.
nk kasi kite beli lah tu,hampas je.
pastu,bile da sedar pig skin,nk pulangkn balik,die xkasi.
cmtu agaknye die nk dpt untung,hoho~

A E D A said...

put aside the real kulit babi.mmg banyak kes camtu, membengangkan je sampai dah mls nak usha kasut kedai mahal2.

tapi...skrg lagi bengang sbb banyak supplier kasut/belt suka buat kulit ala2 kulit babi yg berdot dot 3 tu. grand konon.menkonpiuskan org padahal sbnanye pvc je. haih nak shopping pon ragu2 skrg

Encik Jurassic said...

aeda:
owyeah,is this for real?
aigoo.
ni lagi menyusahkn hidup aku skrg ni.
aku tak penah jumpa lagi scenario cm yg kau ckp ni.
tapi kalau ade,mmg aku beli kasut bata jelah lepas ni.
grandlah sgt pakai kulit babi~
hampeh laa dunia skrg ni~