December 14, 2009

Sorry morry naik lorry.

Dah lama betul aku tak kemaskini blog tercinta aku ni. Maaf lah kawan-kawan,aku bukannya sudah malas untuk memblog,cuma keadaan yang terumbang ambing sekarang ini menghadkan masa aku untuk tampil dangan post terbaru. Mana tidaknya,workstation di pejabat sudah diambil alih oleh staff baru,menjadikan aku computer-less serta tidak mempunyai hubungan ke dunia internet..

Sejak kebelakangan ini baru lah aku terbuka hati untuk mengendong komputer riba aku ke pejabat. Dan baru kebelakangan ini juga perkhidmatan broadband Celcom kembali seperti sediakala. Jadi baru hari ini aku dapat update blog aku setelah sekian lama. Itu pun,dengan post yang kosong saja. Maaflah,aku akan kembali dengan post terbaru yang menarik dalam masa yang terdekat. Dah banyak idea yang aku kumpul,cuma tinggal masa untuk mem'berak'kannya saja~

p/s: blog ini masih hidup,begitu juga dengan pemiliknya!~