February 25, 2010

am not trying to control,am being himself.

Tidak,bukan. Aku bukan mahu mengongkong tetapi aku cuma menjadi diri aku yang sebenar saja. Mengongkong sebetul-betulnya bukanlah sifat yang dianugerahi tuhan untuk aku. Dan aku tak pernah berniat nak mengongkong sesiapa pun,termasuklah diri aku sendiri. Dan aku juga tak suka dikongkong. Tapi pada aku,aku berhak untuk tidak dikongkong sebab aku tahu bagaimana perangai dan perilaku aku. Aku tahu keadaan sekeliling aku,aku alert dengan persekitaran aku dan aku juga tak buat benda-benda yang pelik sampai harus dikongkong..

Kadang-kadang rasa risau menyebabkan aku agak protective dan agak alert serta agak curious tentang hampir semua perkara. Hinggakan benda yang remeh pun,aku akan fikir sampai two or three steps ahead. Tapi bagi aku,itulah tandanya aku sayang dan ambil peduli. Kalau tak sayang dan tak ambil peduli,aku biarkan saja tanpa turut sekali berfikir tentang bahaya atau risiko-risiko yang boleh terjadi. Buat apa,bukan aku dapat untung pun. Bukannya aku dibayar pun untuk berasa risau akan perkara buruk yang boleh terjadi jika sesiapa yang aku sayang dan ambil peduli mahu membuat sesuatu..

Tapi itulah tanda aku sayang dan ambil peduli. Perasaan yang datang dari hati tanpa aku mengharapkan sesuatu balasan pun. Biarlah tak ada untung sekalipun,janji tiada rugi. Rugi kalau terpaksa mengeluarkan duit poket atas apa-apa saja perkara buruk yang mungkin berlaku pada diri kita,kan? Kena peras ugut contohnya,kena rompak,hilang barang-barang peribadi. Biarpun dalam kes aku,orang yang aku sayang dan ambil peduli tersebut yang terpaksa mengeluarkan duit poketnya,tetapi masih juga berlaku kerugian disitu,kan?

Dunia sekarang dah berubah. Ayah selalu berkata,kita tak tahu apa yang ada diluar sana tu. Walaupun mungkin setiap hari kita menghadapinya,sudah lali,sudah biasa dengan perkara tersebut,tapi itu tak bermaksud kita selamat. Bermacam-macam orang ada dalam dunia sekarang ni. Yang baik,yang sangat baik,yang jahat dan yang sangat-sangat jahat. Bukannya kita ada superpower untuk menjadikan semua benda seperti yang kita harapkan atau ada kuasa ajaib untuk memperbetulkan keadaan sejurus ia menjadi tidak menentu. Kalau terjadi apa-apa,siapa yang susah? Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..

Walaubagaimanapun,sikap protective dan curiosity aku ini bukanlah pada setiap masa. Kalau mahu berbuat sesuatu yang common seperti keluar makan,pergi berjalan-jalan window shopping ataupun berjumpa sahabat handai contohnya,pergilah. Tiada siapa menghalang. Walaupun mungkin ada rasa sedikit curios tentang dengan siapa,kemana,berapa lama dan sebagainya,tapi itu masih pada tahap considerable lagi. Again,I'm not trying to control,I'm just being myself...

4 comments:

Unknown said...

too much truth to bear in others mind
but we often tke things for granted

marjeena said...

betul2. tak macam kongkong. tapi bila bagi tau bf kite keluar ngn orang ni, kat situ, buat itu ini.. boleh jadi gaduh. baik tipu je (tambah dosa) hehe

Encik Jurassic said...

dob:
yeap,sometimes bro,sometimes~

Encik Jurassic said...

marjeena:
hoho,lebeh kurang lah.
tapi kalau kantoi,lagi besar gadohnye.
btw,asal pakai name marjeena wahai bubble?
:D