February 8, 2011

1malaysia.com


Haihh,satu lagi laman sesawang yang serupa dengan Facebook. Aku agak terkejut sebenarnya sebab memang aku pernah terdengar dulu pasal 1malaysia.com ni tapi since tak ambil peduli pun pasalnya,aku pun terlupa. Sampailah hari ni aku terbaca di Oh Tidak! pasal 1malaysia.com kena hack dan sebagainya. Zapp,terus teringat balik!
Interface macam Facebook menjadikan aku tak kekok untuk mula buat kawan yang baru,yang sememangnya lain dari connections yang aku pernah ada sebelum ni e.g. kawan se-kampus, kawan se-kampung or se-taman. So memang agak excited nak mula buat kawan baru since aku pun dah tak berapa aktif di Facebook.
Tapi dah adat lah,nak buat kawan di dunia siber memang susah. Lagi lagi zaman sekarang ni yang ramai orang suka menyalahguna kemudahan yang ada. Misalnya, flirting tak tentu pasal, menggatal sana sini and buat muka tak malu mengayat orang lain. Jadi aku tak pelik sangatlah kenapa agak susah nak dapat "approved friend request" di 1malaysia.com ni. Lagi lagi kalau orang tersebut merupakan seorang perempuan.
Walaupape pun, aku tahu niat aku tak salah. Kalau aku terlebih friendly, tu sebab aku memang solely nak buat kawan. Tak lebih. Kekadang memang aku terlebih bertanya, konon macam orang tu dah berkawan dengan aku for quite some time. Tapi itulah cara aku. Kalau sesiapa yang dah kenal aku, memang kauorang akan tahu, memang itu cara aku bermesra dengan semua orang, ye tak? 
By the way, cakap saja pun tak guna, kan? Ni ada screenshot profile aku di 1malaysia.com. Kalau kauorang nak cuba, dipersilakan. Aku mengalakkan kauorang majukan produk Malaysia daripada kauorang duk menguntungkan Mark Zuckerberg tu. Free free je dapat jadi kaya. Aku yang baru habis belajar ni pun berhutang Rm 100k++ dengan PETRONAS. Dia senang-senang je goyang kaki jadi billionaire muda, chis!
Tapi 1malaysia.com ni 'agak lambat' sikit respons dia berbanding Facebook. Ada certain kekurangan yang nampak ketara daripada Facebook. Nanti bila kauorang dah cuba nanti, tahulah apa maksud 'agak lambat' tu. Maybe pengasas 1malaysia.com kena usaha keras lagi kalau nak diri sama tinggi dengan Facebook,hehe. Apa-apa pun, kudos untuk 1malaysia.com!

Lai lai, mari join! Percuma je pun. :D