Kau tahu apa itu kekayaan? Kau tahu apa itu keseronokannya bergelumang dengan duit-duit sebagai bantal pelukmu? Kau tahu perasaannya bila kau kaya hinggakan duit berlambak-lambak pun kau letakkan dibawah laci saja?
Untuk pengetahuanmu,itulah yang aku dapat bila aku ke kota metropolitan ni. Bukan keseronokan orang berbuat dosa saja dapat aku perhatikan,malah keseronokan dan kerancakkan orang membuat duit juga aku dapat saksikan didepan mataku sendiri kali ni. Sebelumnya,aku pernah menjejakkan juga kakiku ke kota penuh kesesakan ni dan apa yang aku perhatikan hanyalah kemaksiatan saja,minum arak sana sini,berjoli sana sini,berperempuan sana sini. Tapi kali ini,tuhan nak tunjukkan padaku, peluang untuk berjaya ada dimana-mana saja,hinggakan aku ternganga mulut melihat berbuah-buah kereta sport melintas didepanku. Porshe? Ferarri? M5? M3? Fairlady Z? Sebutkan saja,melintaslah ia didepanmu nanti..
Aku bukan bercakap pasal bermain tikam nombor tak tentu hala,aku bukan bercakap pasal merompak orang kaya-raya dan aku bukan bercakap mengenai kau makan duit orang-orang bawahan kau. Aku bercakap pasal sesuatu yang sudah lama menapak dalam dunia perniagaan ni,cuma kita saja yang ambil endah tak endah,selalu pandang enteng padanya,bukan kerna perniagaan itu tetapi kerna individu yang mengerakkannya. Aku sangat beruntung. Seuntung manusia yang memenangi sebuah kereta Hummer buatan USA sehinggakan aku sendiri tak sangka,dengan adanya peluang ini,aku pasti kaya,pasti berjaya,pasti berduit,cuma perlukan usahaku saja dan aku percaya,aku berada setapak lagi daripada kejayaan itu..
Sungguh-sungguh aku berterima kasih pada kawan baikku,sahabatku,bekas roomateku kerana mempercayai aku serta membuka mataku yang sangat rabun tentang dunia 'lombong emas' ini. Terus terang aku katakan pada kau,aku sedulunya sangat membenci perniagaan sebegini. Bukanlah sehingga aku mencaci maki orang yang menyertainya. Cukup sekadar aku memberitahu diriku bahawa aku takkan sentuh dan takkan biarkan generasiku menyentuhnya,mencium baunya sekalipun. Tapi pada hari ini,aku bersyukur. Seboleh-bolehnya ingin saja aku melambung-lambung sahabatku itu,tapi apakan daya,aku ni kerdil orangnya,kurang kekuatanku jika nak dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain..
Aku juga menyedari,peristiwa yang aku lalui pada minggu lepas telah membuka mataku kepada 'lombong emas' ini. Dan baru aku sedar,semua yang berlaku ada hikmahnya dan inilah hikmahnya perpisahan itu. Jika aku masih khayal berpacaran,duduk seperti orang gila menghadap telefon bimbit sambil tersenyum seorang diri,dan aku tidak menapak ke kota metropolitan ini,nescaya takkan aku dapat peluang ini seperti seadanya sekarang. Terima kasih Epit,aku sangat-sangat gembira sekarang ni. Terima kasih Maha Pencipta,Kau telah memberikan sesuatu yang bakal mengubah hidupku,masa depanku,hidup keluargaku dan juga masa depan keluargaku..
Aku tak berniat untuk menganggap percintaan itu sebagai satu halangan bagiku. Boleh saja aku teruskan bercinta sambil mengaut kekayaan dan kejayaan. Akan tetapi,ini bukan masanya lagi. Masaku untuk bercinta bukan disini,bukan pada waktu ini. Mereka yang bahagia bersama pacar masing-masing,jangan tersinggung dengan kata-kataku. Ini hidupku,kamu dengan hidupmu,dan kau tahu apa yang terbaik untukmu,dan blog aku bukan tempat kau mencari tujuan hidupmu. Aku bukan sesiapa,aku hanya aku. Cuma nasihatku,peluang yang ada didepan matamu,kau kaut saja. Jangan kau lepaskannya. Aku telah berjumpa dengan peluangku. Peluangmu? Tunggu saja peluangmu. Insyallah,bila kau terjumpa dengan peluangmu,aku yakin,kau juga takkan melepaskannya...
3 comments:
erk.. sam.. truskn idup dgn hepi yaa!! =D
btw, aq dh try luperkn org yg aq suke tuh, tp tetiap mlm terigt,
n suddenly ktorg bermsg..
help me pls...
hmm..
ni sbnrnye mslh dlmn ko je ni..
xde surrounding support..
xde org yg menasiati ko secare bertrusan..
xpe2,blk utp nnt ak tlg ko..
kite same2 slesaikn masalah kite..
jgn risau,ak sbg head ko,akn sntiase mmbntu ko rai~
meh saye tolong...
still msg ek..
tapi jangan dilayankan perasaan sangat...
nant mungkin yang kisah lama
terungkit kembali...
lalalla~
Post a Comment