
This is madness! Jam menunjukkan pukul 02:46 tapi aku masih belum tidur. Masih berlegar-legar mencari alasan untuk tidur. Tinggal kurang dari 7 jam untuk paper aku yang berikutnya. Tapi,aku masih berjaga. Mataku segar memerhatikan papan skrin komputer ribaku. Mud belajar entah kemana. Tujuan aku hanya satu,mencari jalan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak..
Belakangan ini,aku punya masalah untuk tidur. Punya konflik untuk tidur malam dengan nyenyak. Entahlah,aku tak tahu apa sebabnya. Sepatutnya aku sudah mula membiasakan diri tidur awal dikala minggu peperiksaan sebegini. Tambahan lagi,aku bakal menjalani kehidupan sebagai seorang yang bekerja pada semester yang akan datang. Yang memerlukan aku mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti serta bangun awal pagi..
Masalah sleep disorder aku ditambah lagi dengan kehadiran makhluk kecil yang berkaki berbelang-belang itu. Kurang ajar kau nyamuk. Mentang-mentanglah aku selalu tidur tanpa memakai baju,kau ambil kesempatan keatas aku ya? Bukannya aku sengaja menayangkan badanku kepada kau,wahai spesis yang menjengkelkan. Cuma tidur sebegitu cukup merimaskan. Aku terasa panas dan kurang selesa..
Pujangga mengatakan,asap dapat menghalau nyamuk. Maka,aku pun lantas mendapatkan ubat nyamuk lurus dibilik sebelah. Aku nyalakan dan aku hembus-hembus sumbunya. Ya,memang betul asap tersebut berjaya menghalau segelintir nyamuk-nyamuk durjana tu. Namun,aku juga dapat rasakan yang lebih banyak pula yang datang,membawa konco-konco dan gerombolan mereka..
Aku tak punya pilihan. Begitu stress gara-gara tak dapat tidur dan agak gementar untuk menghadapi paper yang bakal menjelma mungkin. Owh ya,boleh kau orang bantu aku selesaikan masalah insomnia ni? Kalau tidak pun,at least berikanlah tips-tips atau cara-cara tidur yang baik. Aku lansung mati akal. Tentang makhluk durjana tu,mudah saja. Nanti aku belilah Ridsect ataupun Shieldtox~
p/s: ini serius,bukan rekaan ya. aku memang memerlukan nasihat untuk mendapat tidur yang nyenyak~
16 comments:
main di petang hari dan kemudian makan nasi lemak
masyuk dowh
pastuh str8 tido best
haha,itu aku tahu tu.
tapi kalau cmtu,nanti lepas maghrib je dah ngantok.
pastu study pegi entah kemane~
tu suda pasti
aku baru mngalami semalam
nasi lemak melelapkan ak selepas maghrib
rahmatnya ak xtido smpai subuh
minum susu before tido..
huhuhu..
tu salah satu caranye lah. :P
malin:
erh?
tu bkn tips utk bgn pagi segar ke?
baring, pejam mata dan jangan bukak2 lagi mata walau apa pun terjadi..nescaya akan tertido jua..haha
kopi:
haha,memang best tips kau tuh.
kalau cmtu,memang badan aku akn merah2 ah sebab nyamuk gigit.
pastu makin tak bleh tido ah akuh~
dobi:
haisey,sampai subuh ek
tapi aku taknak laa tido lepas maghrib n kemudian terjage pagi2 buta dan study.
sbb kebiasaannya malam hari tu ada keseronokan menanti.
dota sepam dua.
hahahaha~
hahahaha
dota disitu
tak dapek nolong eh kok cmtuh
Ada beberapa Tips bagi mengurangkan dan mengelakkan insomnia ialah seperti berikut
-Minum segelas susu sebelum tidur
-Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
-Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
-Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
-Jangan memaksa diri untuk tidur
-Amalkan mandi menggunakan air suam
-Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
-Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
-Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
-Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda.
kredit untuk petua-anda.blogspot.com
cubalah :P
sam..ape lagi..
bilang anak kambing lompat pagar sampai sejuta ekor..
konpem tido
dobi:
haha,tu lah sapal.
kalau bebudak ni sanggup tnggu aku bangun utk mendota sekali lagi sblm dorg tidor takpe gak ah.
ni kalu,tak men dota kalu,takde smngt nk study dol.
haha,kononlah sangat~
malin:
wow,mulanya aku nak kagum gak tengok komen kau yang memanjang lebar ni.
las2 aku pikir balik,eh gile intelligent lak Malin smpi leh tulis smpi cmtuh skali.
last aku tgk ade kredit to blog laen kn.
wakakakakak~
papapun,trimas banyak.
nanti aku terai merai mane yang bersesuaian!~
tom:
haha,camne mau bayangkn anak kambing?
kalau aku tido kt umah bleh ah kot,mungkin ade bunyi kambing kt luar tu kn3.
kalau kat utp,macammana bhai~
susah,siyes!
senang je...
set your mind dude..
the 0ne that control yourself...
lina:
aiseh,ni siyes bukan ebrkaitan mind set.
kalau bab tidor mmg tak bleh.
kalau bab laen bleh lagi.
kalau tidor?
err,tidak sama sekali~
Post a Comment