Hari ini genap dua bulan aku meninggalkan Indonesia. Lain sungguh rasanya dinegara sendiri. Cewwah,seperti aku pernah menetap disana untuk suatu tempoh yang lama pula ya? Padahal,aku hanya melancong kesana cuma untuk tempoh 4 hari saja. Itupun atas hal kerja. Bukannya sepenuh masa melancong pun..
Disember lepas aku kehabisan RM500 di Kuala Lumpur tanpa membawa apa-apa pulang ke kampung halaman. Tetapi kelebihan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Rupiah telah menyebabkan aku kehabisan hanya RM300 di Bandung sambil membawa cenderamatahati untuk teman-teman dikampus dan juga keluarga dirumah..
Aku jatuh cinta dengan suasana di Bandung. Cuaca yang sejuk,suasana pembelajaran yang tenang,punya teman-teman yang suportif dan yang paling penting,cewek yang lucu-lucu semuanya. Aku yakin aku punya peluang cerah untuk mendapat Dean's List Award jika aku belajar disana. Iya lah,belajar sambil dikelilingi oleh cewek yang lucu-lucu,siapa yang tak rasa bersemangat?
Agnes,Adinda dan San San. Owh,aku rindu pada mereka. San San yang anggun,Adinda yang lucu dan Agnes yang periang. Kalaulah aku berpeluang pergi ke Bandung lagi,aku pasti akan ketemu mereka. Walaupun hanya sempat berkenalan dengan mereka selama lebih kurang 2 jam sahaja,aku sudah mula rasa dekat dengan mereka..
Sebenarnya,aku ingin ke Bandung lagi. Selepas melihat blog Kanyadibya Kirana a.k.a Diby,aku lansung teringat pada mereka,teringat akan Bandung. Dan mungkin suatu hari nanti,bila aku sudah cukup jatuh cinta dengan Bandung,aku rasa aku ingin menetap disana. Menggabungkan adat Jawa dan Melayu mungkin. Tidak mustahil bukan? Aku berniat baik~
p/s : maksud lucu dalam bahasa Indonesia : cantik,comel.
8 comments:
nnt nk g bandung jgn lupe ajak aku skali..
gue ingin bertemu cewek2 yang lucu2 juga..
haha
=p
aku teringin nak tengok sam kahwin dengan cewek indon yang lucu. aha.. jangan lupe bagi kat jemputan pada aku andai kate kau berkahwin dengan orang sana. ye"?hahahaha amiiinnn
ammar:
hehe,boleh ammar.
asalkan kau kumpul Rm2000 after balik intern nanti,settle semua.
aku settlekn penginapan n pengangkutan n tourist guide.
hehehk~
farha:
haha,insyallah.
kau berdoalah takde gadis gadis melayu yang berjaya menarik perhatian aku kat malaysia ni.
then,barulah aku boleh beralih hati ke indonesia,wekekekek~
aku boleh jemput,tapi tiket penerbangan untuk majlis belah rumah perempuan,kau tampung sendri sendara lah ye.
:D
eh,lucu = comel? xmcm pelik lk mksud..hak2
sahniana:
haha,mmg cmtulah mksdnye sahniana oi.
memulanya sy cari jugak ape perkataan yg mmbawa maksud comel dlm bahase indonesia.
las2,tgk kt tv,baru taw.
yelah,kn dorg bubuh subtitle kt bwh tu,tu yg taw tu~
pelik mmg pelik,tapi layankan ajelah~
hihi.
lucu itu comel..hak2..telinga cm xley nk terima la mr j..ekekeke
sahniana:
haha,nk wat cmne,dah indonesia yang set kn cmtu,hehe.
tpai okey wut.
in fact,lucu kan lebih kurg cm comel2 gak.
dats y dorg anggap lucu tu comel,haha.
Post a Comment