
Ah,lega sungguh rasanya. Lepas sudah segala kemarahan aku kepada beliau. Aku harap beliau terima mesej ikhlas aku itu dan sedarlah,sikapnya itu takkan membawa kebahagiaan kepadanya. Dunia,mahupun akhirat. Dan aku tak lupa juga kepada readers dan commenters sekalian. Aku tahu,bila ada masalah menjelma,I can always turn to you guys,untuk pendapat,saranan dan sebagainya. Terima kasih daun keladi ya..
Hari ni aku rasa seperti ada semangat baru. Semangat untuk menonjol sebagai diri aku yang tidak dikongkong oleh harapan-harapan palsu dan pendirian kononnya aku tidak harus bermain mata dengan gadis-gadis Kuala Lumpur,semata-mata untuk mengejar beliau. Puas hati sungguhlah rasanya. Baru aku sedar,ada saja gadis-gadis yang meminati aku. Mungkin ini kedengaran seperti sesuatu yang lucu,tapi aku yakin,ada saja mereka-mereka yang kalau boleh mendambakan sungguh nombor telefon aku tatkala melihat aku diperhentian stesen-stesen komuter..
Terus,aku mahu bercakap pasal cincin. Trend masa kini,gadis-gadis suka memakai cincin tanpa sebab kah? Atau sememangnya cincin yang tersarung dijari manis mereka itu adalah mesej yang tersirat,"Oh lelaki,aku sudah berpunya. Lupakan niat untuk menggoda aku.". Sampai begitu sekalikah? Aku hairan. Mengapalah setiap gadis yang aku iktiraf mempunyai standard bermula dari nombor 7 atau 8 hinggalah ke angka sempurna iaitu 10,pastinya sudah tersarung satu atau dua cincin dijari mereka,mengapa ya? Aku terlalu high demand kah?
Aku tak rasa kesemua mereka yang aku lihat dengan mata yang kalau boleh tak mahu dikedipkan lansung ini,sudah berpunya. Tidak. Mustahil,mustahil amat. Kalaulah begitu ceritanya,nampak gayanya kau orang takkan dapat mengenali Zarul Afifi bin Syamsurie,9 tahun yang akan datanglah. Ada pun,gadis-gadis yang sudah berpunya pun kadangkalanya tidak memakai cincin,bukan? Kalau kes yang itu,bagaimana pula? Mereka seperti tidak mahu mengakui yang mereka sudah berpunya kah? Atau sememangnya malu or sengaja mahu bermain kayu dua mungkin?
Kalau isteri orang,memang aku tak mahu kacaulah. Kau mahu kena parang dengan suaminya kah,sang penulis? Kalau tunang orang pun aku takkan kacau,walau sedikit pun. Tetapi kalau teman wanita orang,aku akan kacau-kacau dan usik-usik juga. Ya lah,mereka belum berkahwin lagi,bukan? Cuma tidaklah sampai berniat untuk menjahanamkan pondoktangga mereka. Kurang ajar sungguh berperangai sebegitu rupa. Kalau skandal orang? Kalau skandal orang,aku tibai saja. Siapa cepat,dialah yang dapat~
p/s : cinta itu ibarat kentut,dipendam resah,diluah malu. :D
12 comments:
Dulu rasa cambest je pakai cincin.
Sekarang, aku rasa nak pakai cincin tunang dan nikah je. T_T
Barulah nampak manis. Kan? :)
lelaki pon ad yg pkai cincin...sme je laki ke pmpuan
is there any big deal psl pkai cincin?
cincin yg mak bg sbb die rase lawa bile anak die pakai, cmne lak?
cincin=x membawa maksud pape kecuali utk mereke yg da tunang & berkahwin..
yg blom, i think u r free to flirt be fren or wat so ever with them!
:D
eli:
haha,kire skng ni ade cincin di jari kau lah ni eh?
hmm,kau da punya balak,tak kesahlah.
kalau nk pakai cincin tunang ke,cincin kawin ke pun no prob man.
tapi yg aku peliknye,tade balak pun pakai?
mak suruh ke?
haha~
(yea2,nampak manesss~)
atiqah:
haha,ye2,saye tahu tu.
lelaki pun ade pakai cincin.
tapi biasenye lelaki yg pakai cincin tu dah ade gf.
kami kaum lelaki tak pakai cincin unless dah berpunya.
macam perempuan ni pelik sket.
hehe,mebi cm ape yg cinderella ckp tu kot.
mak die suh pakai sebab xnk bebudak lelaki zaman skarang ni mengorat anak die,wahaha~
cinderella:
haha,cube pikir balik,apesal mak die bagi?
mesti laa sbb tanak bebudak lelaki tackle anak die,kn?
haha.
kalau die ikut,mknenye die anak yang baik,sbb ikut ckp mak die.
kalau die ikut juga,kesihan lah saye ni.
sbb sy akn anggap yang die dah berpunya dan takkan bermain mata dengan die!
padahal,die belum berpunya pon~
n padahal,kalau sy try tackle,mungkin ade chance,kehkehkeh~
salah tuh...
mak die nk anak2 die nmpk cantek..
sbb tu die nk bg cincin...
mebi cincin tu limited edition n die taw anak2 die xkn dpt punye kt mane2...
mane ade mak yg xsuke tgk anak die cantek?
kn3??
Laa.. bukan ke cincin tu salah satu daripada perhiasan wanita. So, apa yg perlu dihairankan pabila wanita yang belum berpunya bercincin?
cinderella:
hehe,oh ye,betol jugak tu.
kirenye tak smestinyelah kn gadis yg pakai cincin tu dah berpunya kan?
hahah,berita baik ni!
thanks for the comments,haha~
ye2,mane ade mak yg nk tgk anak die tak comel.
siap ade mak yg nk anak die jadi cinderella lagi,kn3.
:D
tipah:
hoho,ye tak ye gak.
so starting from now on,i'll get rid the pemikiran that mereka yang bercincin sudah berpunya,hehe.
(bertambah ramai lagi laa name dalam list aku ni,wekekekek~)
hahaha~
taw xpe, dpt jdk mak cinderella kn untung...
dpt menantu hensem..
prince charming lg~
hohoho~
cinderela:
hmm,yelah,kalau nk jadi mak cinderella,kena lahirkan seorang cinderella lah.
kalau lahirkan seorang yng berangan nk jadi cinderella,hmm,untung gak kot~
wakakaak~
prince charming?
hmm,sape yg jadi parents prince charming pun untung gak ke?
heehe~
Post a Comment