August 27, 2009

aku sayang fasha dan darliela.

Sudah lama aku menanti Darliela. Lama,cukup lama. Dua tahun penantian bukanlah satu tempoh yang singkat dan pada aku,bukanlah satu tempoh penantian sebenarnya. Kalau tersilap dan tak punya keazaman dan kecekalan,dua tahun itulah tempoh yang aku gelar sebagai tempoh putus asa,tempoh yang sudah tiada harapan untuk aku memiliki Darliela..

Tapi aku cekal. Aku tahu,masa depan aku punya variasi yang berwarna-warni kelak,jikalau aku terus menanti dan terus berusaha mendapatkan Darliela. Puas aku mengumpul dana,menahan kesabaran,dan menahan malu,tatkala melihat mata-mata liar memandang jelik kearah Fasha bilamana aku mendakapnya dan mula beraksi lincah..

Tapi aku juga bernasib baik. Restu ibubapa yang ku perolehi ternyata membantu amat. Mereka faham akan kehendak aku. Mereka tahu akan kemahuan aku. Terima kasih ayah ibu atas dana pemberian kamu. Telah aku gunakannya kearah yang sepatutnya dan telah aku sempurnakan hajat dihati ku yang suci ini. Telah aku miliki Darliela secara sahnya. Terima kasih semua..

Namun,aku khuatir. Aku khuatir perhatian yang akan aku berikan kelak akan berubah hala tuju,berubah sepenunya pada Darliela saja dan tidak lagi pada Fasha. Aku cuba untuk berlaku adil. Kasih sayang yang diterima oleh Darliela haruslah sama rata juga diterima oleh Fasha. Namun,secara aku tidak sedar,dari awal lagi aku sudah melebihkan Darliela. Aku gosok-gosok badannya,aku sisirkan rambutnya,aku cucikan bajunya hingga aku terlupa akan Fasha yang berjuang di dalam kesempitan tempat tinggalnya..

Kau tahu tuhan itu Maha Adil,bukan? Alhamdulillah,berkat inisiatif dan usaha aku untuk tidak bersikap zalim telah menemukan aku dengan tempat tinggal yang lebih besar untuk mereka berdua. Tempat yang luas,mereka mampu bergerak bebas,mampu untuk membawa bersama barangan-barangan mereka untuk tinggal bersama. Sejuk hati aku. Cukuplah walau hanya untuk seketika sekalipun,yang penting sekarang aku tidak melebihkan samada Darliela mahupun Fasha..

Walaupun aku menjadi sedikit papa kerana pelaburan aku untuk memiliki Darliela,namun aku tahu semua itu berbaloi. Dan jika kata orang,bini tua selalunya diketepikan,bini muda selalunya diutamakan,aku rasa memang betul pun. Tapi,yang penting,aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menceraikan Fasha. Aku sayang Fasha. Semoga kasih sayangku pada Fasha kekal abadi walaupun aku tahu lambat laun kelak,aku akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada Darliela dan melupaka Fasha,sedikit demi sedikit...

Fasha (Fujifilm F700) dan Darliela (Nikon D70).

10 comments:

farhazoeLa said...

kau nak tau satu benda x?

bile aku bace entry nih tanpa lihat gambar di bawah skali, aku dah dapat agak fasha n darliela adalah camera kau. hahaha


hebat x hakuuuuuuuuu weyh?

kakiNota : bagi watak mencabar sket next time, supaya bleh berteka-teki sendiri mase bace entry kau yang terlalu hiperbola nih! haha

Encik Jurassic said...

hey,aku memang mahu menulis sedemikian rupa lah.
sudah terang dan jelaslah aku berdaya pula membasuh baju fasha dan darliela kalaulah mereka manusia sekalipun?haha.
lagipun,ayat2 yg aku gunakan memang untuk menunjukkan yang aku sudah membeli darliela.
takkanlah parents aku mahu bagi dana untuk anaknya mencari awek@menikah anak orang pula.
belajar pun belum habis,haha.
so memang penceritaanya straight forward saja.
nantilah kalau betul2 ada fasha dan darliela,barulah aku buat secara misteri dan berteka teki serta mencabar.
:)

MEL said...

belaja blom abes la slalu parents bg dana utk menikah~
hoho~
neway, taniah sebab da memiliki ape yg dihajati!
at last!~

Encik Jurassic said...

cinderella:
oh ye,parents mane tu?
beruntung sungguh anak beranak mereka~
maseh~
yes,at last,finally!~

ammar said...

tahniah sam kerana telah mendapat camera yang diidamkan selama ini...

aliaaa said...

sammm

lama x mai. haha comellah jangan lupa upload gambar2 kat sini!

(aku malas bukak flickr. bergaduh sikit dengan dia)

Encik Jurassic said...

ammar:
huhu,same2 ammar.
lame gak aku bersabar ni.
tapi now dah dpat,ehe~

Encik Jurassic said...

aliaaa:
hehe,tu lah kau,lameee weyh!
baik2,aku akn ikut kau sket2 laa,upload kerja2 kamera aku kat sini,ihih.
(gaduh dengan die?,hmm siape ye?hehe,okey2,fine~)

aliaaa said...

hahaha. dia tu mr flickr la.

tak sabar semoga dapat jumpa! :D

Encik Jurassic said...

hohh,ape ntah salah mr flickr,haha.
okey,semoga ketemu kt sekolah tersayang! (^^,)v