December 29, 2009

kenapa perlu si dia yang lebih baik?


Setiap hari pun semua orang mahu yang lebih baik,bukan? Setiap orang pun mengharapkan hari ni lebih baik dari hari semalam,betul? Sememangnya lumrah alam,manusia takkan pernah puas dengan sesuatu yang dimilikinya. Telefon bimbit,kereta,pakaian,seluar dan sebagainyalah. Sebagai contoh,hari yang mana kau ada duit berlebihan dalam akaun bank,pasti akan terniat untuk menukar telefon bimbit yang tersedia,betul? Jangan tipulah. Kau dan aku sama saja,manusia juga kita ni..

Aku tak kata kemahuan terhadap sesuatu yang lebih bagus,lebih baik itu sesuatu yang tidak elok. Malah aku rasa,memang baguslah kalau kau ada sifat sebegitu. Maknanya kau masih ada judgement sense yang masih berfungsi. Namun,antara banyak-banyak kemahuan terhadap sesuatu yang lebih baik yang pernah ada dalam dunia ni,ada satu saja perkara yang sebegitu rupa yang aku kurang setuju. Apa ya? Jawapannya ialah,kemahuan terhadap seseorang yang lebih bagus. Sebagai contoh,sepertimana kebanyakan parents sedunia akan berkata kepada anak-anak mereka tatkala tak bersetuju dengan percintaan ketika masih belajar..

Kalau mereka yang punya ibu bapa yang tak berapa nak sporting lisbon,pasti kena bebel dan nasihat berbakul-bakul bila ibu bapa dapat tahu yang kau sedang bercinta,betul? Dan ayat yang takkan terlepas daripada mulut mereka ialah "Masa masih panjang lagi. Ayah/ibu pasti anak akan jumpa yang lebih bagus daripada dia kelak.",ya bukan? 5 daripada 10 orang yang aku temubual bersetuju dengan pernyataan aku tu..

Cuma persoalan aku,perlukah mereka berkata sedemikian rupa? Seperti mereka sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada apa yang ada sekarang,betul? Yang mana pada aku,kelihatan seperti ada unsur tidak bersyukur pula disitu. Ya,memang kalau berkaitan pasangan hidup,semua orang pun mahukan yang nearly perfect. Mungkin tak semua,tapi azalinya begitulah. Cuma aku memang kurang setuju dengan ayat 'killing me softly' tu. Pada aku,adalah lebih baik mereka rasa bersyukur saja dengan apa yang telah terjadi. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang mahukan anak mereka tu..

Orang tetua pernah cakap,bila kita kehilangan sesuatu,barulah kita terhegeh-hegeh nak menghargainya. Kalau setiap masa pun mahu mengharapkan yang lebih baik datang kepada kita,sampai bila kita mahu bersyukur dengan apa yang ada? Sampai nyawa di hujung badan baru nak bersyukur? Oleh itu,aku rasa,adalah lebih baik ayat tu ditukarkan kepada "Ayah/ibu tak halang anak bercinta. Cuma beringat-ingatlah dengan tanggungjawab utama anak ya. Jangan lalai.". Nanti kelak,tak ada yang mahu,jadi andartu atau antertu,baru padan muka. Ataupun yang datang bukannya lebih baik,malah lebih buruk. Baru terkena batang hidung sendiri nanti..

Aku bukan marah kepada sesiapa,tidak. Cuma aku pelik dan tertanya-tanya. Memanglah ibu bapa kita makan garam terlebih dahulu. Tetapi kata cikgu aku,garam yang mereka makan lain daripada garam yang kita makan. Mereka makan garam handmade,kita makan garam cap kapal,machine made. Zaman dah berubah,dunia dah maju. Sekarang nak cari pasangan hidup yang baik bukannya kacang macam zaman 70-an,80-an dulu. Jadi,kalau dah ketemu yang satu,bersyukurlah sesyukur-syukurnya ya...

p/s: Dapat menulis kembali,seronoknya!

4 comments:

kayko said...

Tentang kapel ni, sebenarnya ada persoalan yang lebih besar untuk difikirkan selain dari parent's approval, iaitu Allah's approval. At the first place, kapel2 ni dibenarkankah dalam Islam? Dalam Islam, kapel hanya dibenarkan apabila kita benar2 mahu bernikah dalam masa terdekat. Kapel sekadar untuk mengisi masa muda, berseronok atau mungkin kesunyian, inilah yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Ada orang berpendapat bahawa kita kena kapel muda2 supaya kita ada masa lebih untuk kenal hati budi pasangan masing-masing. Walaubagaimanapun, kita tak tahu bila ajal kita akan sampai. Siapa tahu, tengah2 kapel meninggal, kan mati berdosa namanya (naudzubillah). Lagi satu, yakinkah kita dengan kapel ni kita akan kenal hati budi pasangan kita sepertimana selepas kahwin? Belum tentu. Kapel ni penuh dengan pura-pura. Masa kapel ni semua orang berpura-pura baik dan mengambil tahu pasangan masing-masing. Bak kata pujangga ' masa bercinta ni, kentut pun wangi'.

Moga kita sama-sama fikirkan.

Encik Jurassic said...

wow kayko,kagum sy dgn komen anda!
berilmiah,padat n penuh informasi.
thanks kayko!
sy bersetuju.
:)

Anonymous said...

aku rasa kapel nih ok jugak. boleh isi mase t'luang hujung minggu, lepas kelas. haha.^^
tapi mase kapel ni la nak kumpul pngalaman manis, masam, masin seperti ikan 3 rasa di kedai pak haji di hujung simpang tuh.
banyak kali berkapel, luas permandangan.
sekian~!!

Encik Jurassic said...

atiqah:
hmm,itu pun betul jugak. isi mase terluang?
haha,tu cm pelik je bunyinye~
tp kdg2 kalau bnyk sgt kapel,smpi bile lah nk kawin,ye tak?
ahaha.
kau ckp ni cm bnyk pngalaman je atiqah~
:D