February 7, 2010

tipulah tak pernah bergaduh.

Hari ni aku rasa tak berapa best pun nak menulis. Tapi disebabkan perkara tak best tulah aku nak menulis post ni. Memandangkan pada waktu ni tak ada sesiapa pun nak mendengar aku bercakap,maka macam biasalah,Melastik Bintang™ memang menjadi telinga yang paling luas terbuka bila aku nak mengadu..

Selalu aku terbayang,macam manalah agaknya pasangan yang tak pernah bergaduh eh? Berselisih faham? Ada ke pasangan macam tu dalam dunia ni? Dahulu aku percaya perkara sedimikian rupa. Tapi kian hari,aku rasa perkara tu adalah mustahil sama sekali. Dah nama pun manusia,hati lain lain. Luar memang sama,tapi didalam siapa yang tahu..

Aku selalu memasang azam untuk menjadikan hubungan aku zero-conflict atau kata orang Melayu,bebas konflik. Bebas konflik bermaksud tak pernah bergaduh,hari-hari pun gembira suka suki saja. Kalau ada konflik pun,contohnya hanyalah dalam hal-hal berkaitan nak pergi makan dimana,nak order makanan apa atau yang sewaktu dengannyalah. Tapi hari ini aku belajar sesuatu. Sesuatu yang terhasil setelah sekian lama aku berpegang dengan azam zero-conflict relationship tu..

Aku rasa,kalau ada terasa marah atau rasa kurang hati dengan pasangan masing-masing,better kau beritahu sajalah kepada pasangan kau. Biarpun ada kemungkinan hal tersebut akan merosakkan mood beliau,mahupun menyebabkan beliau terasa hati dan kemudiannya merajuk serta akhirnya kau orang bergaduh atas alasan beliau merajuk tak tentu pasal,nasihat aku,beritahu sajalah. Dan kalau ada yang berazam seperti aku juga,berhentilah. Mustahil sungguhlah kawan!

Aku belajar dari relationship aku bahawa kalau kau ada rasa kurang senang,kurang berpuas hati,luahkn saja. Jangan nak sedapkan hati sendiri dengan membiarkan saja hal tersebut berlalu seperti waktu. Nanti,lama-lama mulalah. Sikit sikit lama lama jadi bukit juga. Tak mahulah nanti tiba-tiba meletup,melenting tak tentu hala. Waktu tu,janganlah salahkan orang lain pula. Siapa suruh kau tak beritahu awal-awal dulu. Betul tak?

Aku bercakap macamni sebab aku sedang merasainya. Nasib baiklah aku ni seorang yang penyabar. Segala kemarahan aku,semua aku makan hidup-hidup. Hebat betullah aku sebagai ciptaan tuhan ni. Memang,salah aku sebab aku berlembut hati dengan apa yang aku rasakan tidak berpuas hati. Sebab tulah aku sedang menyesal sekarang ni. Kalau aku tak berpegang sangat dengan azam aku tu,tak ada lah aku merasa sebegini rupa..

Tapi,aku tak halang dan kata azam tu salah. Cuma,cara kau handle azam tu kenalah betul. Bila rasa perlu marah,perlu luahkan,marah sajalah. Luah sajalah. Janganlah simpan. Kalau rasa tak ada point pun untuk kau marah,tolak saja ketepi,buang jauh-jauh. Itu bukan sebab si dia yang buat salah tapi itu sebab kau yang mengada-ngada...

15 comments:

Unknown said...

suatu masa dulu sy prnh guna templete blog nih..hihi

Unknown said...

lame ak xlwat blog ko sammy
somehow sbr punyer limit tuh kene jage
jgn mkn ati da ler

fatin alias said...

agree.

Sazannar said...

jujur dalam perhubungan...
jujur pada diri sendiri....
jujur pada pasangan....

MEL said...

Makan hati memang pahit :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau aku stress, bende yang aku perlu elakkan adalah sms, call, jumpe bf aku.
sbb aku tahu, aku akan bertambah stress lepas jumpe die.
aku rasa, apa yang kau aplikasikan (luahkan shj apa yg terpendam dlm hati) tak berkesan utk aku.
lelaki mmg komplikated kan?
what to do kan....nasib badan

Uru said...

weyh
asl ko kuat makan nh
xelok kuat mkn hati
byk penyakit kang
hahaha

udah2 la
benda da berlalu
buang je keruh2 sume
tuka air baru msok akuarium
taon bru bai
CNY
buku baru r
hahahaha

Encik Jurassic said...

amad:
haha,beselah tu amad.
template free,suma org pn mebi ade penah nmpk template ni kt mane2~

Encik Jurassic said...

dob:
hmm,tula dob.
dulu aku jenis cmtu.
tapi skrg tak kot.
:D

Encik Jurassic said...

fatin:
gud!

Encik Jurassic said...

spinach:
haa,itu yg terbaiknye kn.
tapi pasal marah tak marah ni je yg aku tak jujur dlu.
tp skrg tak dah.
jujur semuanyaa~

Encik Jurassic said...

saiamal:
hehe,taktaw plak sy hati tu pahit.
tapi memang,pahit pun.
tapi takpelah,lepas ni makan benda lain pulak.
something sweeter~

Encik Jurassic said...

atiqah xx:
haha,elakkn jumpa bf sbb die akn tmbh stress kau?
haha,pelik tu~
hmm,ni cara aku,mebi lain caranya utk kau n bf kau~
lelaki complikated?
sesetengah.
perempuan pun~

Encik Jurassic said...

uru:
haha,aku mmg kuat makan tapi still kurus laa bhai~
hmm,taklah,bukan selalu makan hati pun,baru skali ni je pun.
keruh2 suma aku dah buang,dah letak air baru n cholorophin skali,haha.
tula,cny ni bnyk prosperity.
mmg kena bukak buku baru pun!