March 26, 2010

100th post!


Ehmm ehmm(clears throat). Asalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan puan yang sudi hadir ke Melastik Bintang™ pada malam yang indah ini untuk majlis serba sederhana yang cukup bermakna dan mulia ini..

Sepertimana yang kita tahu, tujuan majlis berlansung pada malam ini adalah sempena meraikan kejayaan besar warga penyiaran, penerbitan dan audit, pengarang-pengarang, kumpulan promosi dan teknikal serta semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam kejayaan Melastik Bintang™ tampil dengan artikel yang ke-100 nya, yang telah secara rasminya diterbitkan pada hari semalam (audiences applause)..

Pihak pengurusan dan ahli majlis tertinggi Melastik Bintang™ ingin mengucapkan berbanyak-banyak toche, arigatou, n'anri, thank you caladium leaves serta terima kasih daun keladi kepada semua pembaca-pembaca serta kipas-susah-mati, tak lupa juga kepada pengkritik-pengkritik bebas yang telah bersama-sama siang dan malam duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan Melastik Bintang™ bermula dari 23/11/2008 sehinggalah pada hari yang penuh bersejarah ini, iaitu 26/3/2010..

Selama lebih kurang 487 hari berkecimpung dalam dunia blogging, begitu banyak pancaroba, begitu banyak jatuh bangun, begitu banyak detik-detik indah dan kenangan manis yang amat berharga yang berlaku kepada Melastik Bintang™. Pengalaman-pengalaman yang berharga seperti ini sudah semestinya tidak mudah untuk kami lupakan walaupun tika roh kami sudah terbang ke langit dan jasad kami sudah bersemadi di dalam liang lahad sekalipun..

Walaupun belakangan ini, sambutan para pembaca serta pengkritik bebas terhadap Melastik Bintang™ agak berkurangan serta sudah tidak hangat seperti mana diawal penubuhannya, kami tetap bersyukur kerana masih ada segelintir mereka-mereka yang masih sudi mengunjungi dan menjenguk Melastik Bintang™ tanpa mengenal penat dan lelah tatkala kemelesetan kelajuan koneksi internet yang agak kerap berlaku di UnTePe sejak kebelakangan ini..

Sebelum mengakhiri ucapan, Melastik Bintang™ disini ingin memohon maaf jikalau ada pihak-pihak atau mana mana party yang tersinggung atau terasa hati samada secara serius atau secara mengada-ngada terhadap setiap artikel serta kritikan yang lahir daripada pihak kami ataupun pembaca-pembaca serta para pengkritik bebas kami, disepanjang perjalan kami selama ini. Melastik Bintang™ berharap agar dapat terus memperbaiki diri, berdiri gah dalam industri blogging dan terus berevolusi sejajar dengan Wawasan 2020 serta terus mendapat tempat dihati para kipas-susah-mati sekalian. Akhirulkalam, assalamualaikum dan lu pikirlah sendiri...

p/s : trimas kawan-kawan semua~ :D

7 comments:

mr d0b said...

aisey der..aku lgi senior rupenye...

Encik Jurassic said...

senior maksud kau?
lagi lama?
lg bnyk post?
hehe,aku cuma tulis apa yg aku betul2 nk share dgn org je,tu yg sket je post aku tu.
:D

tunbegia said...

tahniahnya,

salamm,

rAy jR...@...Aliff said...

uitsss...artikel ke 100...thniah2..bgus..teruskan berbelogggg...hahaha

Encik Jurassic said...

makaseh2 semua~
;D

aurora xarielle said...

suke la bace 'article' nih~~~

Encik Jurassic said...

best kn intan?
haa,bagus2~