March 23, 2010

tagged : tempat perkumpulan lelaki pervert.

Nak kata aku dah lama berkecimpung dalam bidang Tagged ni tak lah sangat. Baru buat pun account Tagged tu. Selepas buat,aku terus invite Missy aku untuk join sekaki. Saja saja,tambah tempat untuk dating dalam dunia internet. Tak lah asyik asyik date dekat Facebook saja. Orang lain tengok,jeles pula nanti..

Sehari dua selepas aku join Tagged,rakan blogging aku, Sais, ada cakap dekat aku. Dia kata dia reject invitation Tagged aku. Hujah beliau, Tagged tu tempat orang orang gatal berkumpul. Tahu nak flirt saja kerjanya. Aku hanya tersenyum kambing saja sebab bukan aku berniat pun mahu invite beliau. Tagged sendiri yang mengada-ngada nak cari dan invite kawan kawan melalui Gmail. Bersungguh sungguh betul Tagged tu..

Baru kejap tadi,aku buka laman Tagged Missy aku. Sajalah mahu tolong-tolong upload gambar beliau ke dalam album beliau tu. Suddenly,aku terperasan angka 1 dalam kurungan dekat tepi satu simbol yang berupa surat. Ni mesti ada orang hantar mesej dekat Missy aku ni. Aku pun bukalah inbox beliau. Tengok tengok,mak aih,Missy aku dapat lagi banyak mesej daripada aku! Walhal aku join Tagged lagi awal dari beliau. Amazing!


(click image to view)

Lepas aku baca mesej dari jantan ni,aku jadi hangin satu badan. Sudah terang jelas dan nyata gambar aku dan Missy aku ada dalam album Tagged beliau. Kenapa perlu nak flirting dengan Missy aku sampai meminta nombor telefon bagai? Ini baru satu mesej,kau orang tak tengok mesej yang lain lagi. Kendian,aku inform Missy aku supaya jangan layankan dah manusia-manusia yang tak beradab ni. Sudah terang-terang Missy aku sudah berpunya,perlukah meminta nombor telefon bagai? Alasan untuk berkawan konon. Chis,ingat aku tak tahu ke niat busuk yang tersembunyi tu..

Nampak tak mesej yang aku bulatkan tu? Mesej tu aku yang tolong balaskan bagi pihak Missy aku. Manakala mesej-mesej yang dibawah tu Missy aku sendiri yang reply. Selepas tu,mamat tu terus tak hantar lansung dah mesej dekat Missy aku. Ngahahah. Padan muka kau. Terasa dimalukan lah tu,ngahahah. Aku tak salahkan Missy aku sebab layan mesej mesej mereka ni. Beliau cuma cuba untuk tidak bersikap sombong saja. Cuma aku naik hangin satu badan dengan lelaki yang ada perangai dan sikap macam mamat bernama XOXO Boyz ni. Kalau Missy aku terkena,tak mustahil Missy kau orang pun boleh terkena juga. Dan kalau ini berlaku kat missy kau orang,kau orang pun akan hangin satu badan dan rasa nak sepak laju-laju dekat muka beliau,kan?

Sekarang baru aku nampak apa betulnya Sais kata tempoh hari. Tapi itu tidak menghalang aku untuk terus menggunakan Tagged untuk dating dengan Missy aku. Cuma selepas ni,aku akan lebih kerap memeriksa inbox Missy aku dan tolong balaskan mesej dekat lelaki-lelaki yang sedemikian rupa ni. Oh ya,by the way,Missy aku tahu aku check dan tolong balaskan mesej untuk beliau serta beliau tidak kisah pun. Satu lagi,aku tak kategorikan diri aku sebagai pervert dan gatal sebab aku hanya menggatal dengan Missy aku saja,dan bukan dengan missy orang lain ya...

p/s : sais, you were right! :D

12 comments:

kumansakti said...

aku ON je kalo nak pegi bungbangbomkebaaabooo mamat pangkah bulat pangkah bulat tu. kasi tunjuk sket bagi dia kira berapa angka altitude ketinggian atmosfera. kalo x kasi rasa macam membiarkan sampah perosah terus bercambah dimuka bumi je sam...

Encik Jurassic said...

yeahh,tawu pun.
kalau dia ada gf nnt,kalau die kena macam ni,baru die tawu perasaan aku.
unless die tak syg gf die laa kn.
tapi aku yakin,stiap bf mesti akn rasa cmtu kalau gf die kena cmni,kn.
hampas punye mamat pangkah bulat pangkah bulat.(kelaka duh,haha!)

kersani said...

mamat bodo tu tak tau Gtalk tu apa???

hahaha!!!

sumpah bodo dowh!!!

hahaha, eja Gtalk pun salah....

hahaha!!!!

tak payah layan, buang masa! lelaki bodo. hahaha!!!

nice post bro~

Encik Jurassic said...

keh keh keh.
tu la,kalau ye pun nk ngorat missy aku,biarlah lagi bagus drpd aku,ini gtalk pun tak tau ape.
da laa typo gila.
huruf T n K tak plak duk sblh2 pun kt keyboard,haha.
tu lah,membodohkn diri sndri je kalau layan,hehe.
thanks!

wani gaga gugu gege said...

Aah "missy" aku pun slalu gak dikaco org2 gatal mcm ni.. So bukannya jantan gatal je kat tagged ni, pompuan gatal pun byk.. Last2 xnk skt ati, aku delete je tagged aku..

Encik Jurassic said...

hmm,hot jugak 'missy' kau tu eh,kihkih~
hmm,aku tawu tu. pmpuan kt tagged tu pn gatal2 jugak,tp aku as olwez xlayan lah.
aku layan missy aku je,hihi.
kau delete?
hmm,langkah yg brilliant~

SAISamal said...

Errrr?
Login someone's account is actually abusing his right..
Even though ur allowed to do so..

I've told u!
Do not suprise if one day u find a message sounds like this, "Saya bagi awak rm2000 sebulan. Kita jumpa once a week, we'll have s** in my place"
Jangan terkejut!
Hahahahaaa~

Encik Jurassic said...

hello,bace bebetul ye.
i said,i log in into my missy's account,hehe.
she has no intend of preserving any rights about her account,kihkih.(betul ke ayat aku ni)
hmm,kalau lelaki takkan dpt kot.
kalau pmpuan,mmg ade possibility lah.
dah delete dah,both my account n her.
meluat aih!
:D

SAISamal said...

Errr?
Sammy, ur missy tu bukan someone ke?
Dah delete?
Aihh, cakap tak serupa bikin ni...
Kata nak terus berdating di Tagged?
Hahahahaa...
Takutlah tu in case dapat message macam I've mentioned above...
Bagus2, a good decision!

Encik Jurassic said...

hehe,ye my missy tu somone.
then it shud be her,not his~
hmm,time post ni ditulis,yes i am cakaping serupa bikin.
tapi lepas post ni ditulis,not anymore~
tak takut dapat,malah bleh hantam org yg hanta tu cecukup,arggghhh!

SAISamal said...

FYI incik Sammy, his above refers to someone, generally can be used for anyone tak kira gender..
Muahahahahaaaa...
Hentam?
Report abuse profile?

Encik Jurassic said...

kalau nk generally,buat laa his/her,hihih.
hentam laa,kasi ayat pedas sket.
kononnye2 my missy laa hantar,tapi sbenarnye tak.
so buat mamat yg hantar tu rasa loser sbb kena hantam dgn pmpuan,klokloklo~