June 21, 2014

mungkin.

Kenapa eh die suruh aku buat macam tu?

Mungkin die malu dengan orang pasal kau bro? Sebab kau gelap dan tak hensem macam league of exes die yang sebelum-sebelum ni? hehe.

Bugima kau! Aku serius ni kau still boleh buat lawak pasal rupa aku eh! .. (meja melambung).. Tak mungkin lah. Aku ni hodoh sangat ke sampai die nak malu pasal aku?

Ermm, mungkin die tak nak orang lain tau pasal kauorang bro?

Hmm, itu boleh jadi jugak. Tapi dekat pejabat die tak kisah pun aku pergi teman die hari-hari sampai malam. Kawan sepejabat die ade je perhatikan kita orang. Malah, makan tengahari pun selalu sama-sama sampai polis bantuan dah mula tanya bila diorang nak makan nasi minyak. Muak pulak aku.

Hurmmmmmmmm, atauuuuu..

Atau apa pulak dah kau ni?

Mungkin die tak nak mamat tu tahu pasal kau orang kot? Yelah, pasal kau orang ni ade hubungan?

Kenapa pulak die tak nak mamat tu tahu?

Well, mungkin die takut mamat tu marah or benci dekat die nanti kalau tahu kauorang ada hubungan lebih dari sekadar kawan?

Lah, dah memang macam tu kan sekarang ni, memang aku ada hubungan dengan dia, kan? Kenapa mamat tu nak kena marah pulak kalau ye pun? Die tu tunang ke pun? Apa hak die?

Memang la bukan tunang bro. Tapi cuba kau pikir, entah-entah die masih ade perasaan dekat mamat tu? Yelah, 4 tahun kot bro. Kau dengan dia cuma baru dua minggu jagung aje.

Amboi mulut kau, sejak bila plak insurans mulut kau ni tamat tempoh ni?

Aku cuma cakap aje bro. Aku ade dengan kau mase die cerita semua benda tu dekat kau dalam kereta kau haritu, sampai kau menangis air mata jantan kau. Dari cara die cerita hari tu dah macam meyakinkan dah yang die tak ade ape ape perasaan dengan mamat tu. Tapi bila die suruh kau buat macam tadi tu, kau pikir sebab apa lagi bro kalau bukan salah satu dari sebab-sebab diatas?

Tak lah, aku rasa tak. Die dah cakap die nak bagi semua peluang pada aku dan die tak akan bagi secebis peluang pun kat mamat tu lagi. Dan setakat sekarang ni, aku rasa aku dah menggunakan segala peluang yang ada tu sebaik mungkin. Dan setakat ini jugak, tak ada pulak pun aku mengecewakan die atau buat die sedih. Dan aku percaya pada die, die bukanlah playgirl yang nak mainkan aku. Apalah ada pada aku ni kalau die nak mainkan aku pun bro. Kau ni, simpang malaikat 44 lah!

Iyelah, aku tahu tu. Entah lah bro, aku pun pening la pasal die ni. Nak kata tak sayang, siap panggil kau sayang la, baby la, siap tunggu kau whatsapp die setiap masa, tak kisah kau kacau die waktu die tengah basuh baju sekalipun. Hari hari kalau boleh nak pinjam bantal peluk kau yang tak berapa nak ada isi tu bro. Susah lah aku nak terangkan atau bantu kau selesaikan kekusutan kau tu bro. Kita pun bukannya ada banyak pengalaman sangat dengan perempuan ni.

Dah tu macammana ni eh kau rasa?

Aku rasa kau get along with it jela bro. Eceh pandai aku speaking! Kau percaya kat dia kan yang die akan bagi segala peluang yang ada?

Percaya bro, aku percaya dan aku pegang kata kata dia tu.

Good. Kau percaya kan yang kau boleh menggunakan segala peluang tu untuk membuat dia jadi milik kau sampai bila-bila?

Percaya dan aku yakin pada diri sendri bro. Tapi..

Tapi apa lagi?!

Kalau die sendiri yang tarik peluang tu dari aku, ape aku boleh buat bro? Aku bukan jenis yang nak bergaduh dengan lelaki lain pasal perempuan bro, itu bukan perangai aku. Sekarang ni apa yang aku boleh buat ialah buat macam biasa ajela, dan menggunakan peluang tu sehingga ke titisan darah yang terakhir, pulun semua bro. Tak adil kalau die nak judge aku sekarang untuk mengagak macammana perangai aku di masa depan bro. Dan aku harap die tak macam tu, huhu.

Haa, macam tu lah. Kau ingat tak die selalu cakap ayat yang kau tak suka tu, aaa, bunyinye macam "we don't know what's gonna happen in the future.." lebih kurang lah, kan? Kalau tuhan dah takdirkan kauorang untuk bersama, InshaAllah akan bersama jugak. Sekarang ni kau persetankan apa yang die cakap atau buat, kau teruskan je usaha kau. Die suka ke tak, tu belakang kira. Mungkin in the process kau akan makan hati, kecewa dan kadang-kadang tak paham kenapa die buat macam tu, tapi kau kena ingat bro, kau dah set dalam mind yang kau nak die. Die yang kau nak sampai bila-bila, jadi ini lah masanya kau kena buat pengorbanan hati dan perasaan. Keraskan hati, kuatkan semangat dan tingkatkan usaha bro!

Betul tu, aku tahu.

Dan kalau lah mungkin satu hari nanti die memang takkan sayang kau atau jadi milik kau, kau anggaplah semua ni satu pengalaman buat kau yang akan mematangkan kau. Ramai je yang lagi cantik dan bagus kat luar sana bro! Banyak sangat!

Haish kau ni, kesitu pulak. Aku bukan mencari yang sempurna la bro. Kalau aku mencari yang sempurna, sampai bila pun aku takkan dapat cari seorang yang betul-betul untuk aku sebab tak ada manusia yang sempurna. Aku tak perlukan yang lebih cantik atau lebih ape-ape ajelah, aku cuma perlukan seseorang dan sekarang ni, seseorang itu adalah die. Aku perlu bersedia menerima kekurangan die dan kelebihan die dan aku harap die pun bersedia untuk terima semua tu dari diri aku jugak.

Perggh, cakap macam doktor cinta sey!

Bukan doktor cinta la, ni diri aku sendiri. Aku dah ada pengalaman yang aku rasa sangat cukup dah untuk aku maju kedepan dan tak ulang kesilapan yang sudah-sudah. Tak apelah bro, aku bukan apa, rasa terkilan dan kecewa sikit aje. Mungkin die ade alasan die sendiri, dan aku harap dan aku percaya alasan tu adalah kerana diri die sendiri, dan bukan sebab mamat tu.

Tulah kan bro. Berdoa lah banyak-banyak bro. Tuhan tak akan bagi sesuatu tu senang senang je kat kau, kau kena usah bro, usaha! Aku pun macam kau jugak lah, aku harap die buat macam tu sebab diri dia sendiri, dan bukan pasal mamat tak guna tu!

Hoi, bahasa kasi baik sikit brader, ini blog satu dunia bace tahu. Kalau kena flag 'improper language used" mati lah aku, jatuh la saham blog ni.

Opss, maaf bro. Aku pulak yang lebih lebih, hehe. Mungkin lah kan sebab diri dia sendiri. InshaAllah. Selalu pikir yang positif bro. Ini baru dugaan sikit aje bro, belum ape-ape pun lagi ni. Kacis sangat ni bro. Nanti akan ada dugaan yang lebih besar dan berat bro, aku pasti. Tapi ape-ape pun, InshaAllah, mungkin ini sebab diri die sendiri bro, dan bukan pasal mamat tu.

Mungkin, InshaAllah.

Kalau payah sangat, kau slow talk la dengan die macam yang kau selalu buat tu. Kan dia suka benda benda macam tu?

InshaAllah bro, kalau aku rasa perlu slow talk, aku slow talk lah. Kalau tak, tak lah. Hey, ni Syamsurie a.k.a Sammy Foo la bro. Bring it on dear!

Haa macam tu lah!