
Hujung-hujung minggu sebegini memang mengasyikkan. Ahh,nyaman pula udara di Kuala Lumpur. Walaupun jerebu sedang sangat nazak disini,alam semulajadi tak pernah gagal untuk menghembuskan angin nyamannya yang membuatkan orang seperti aku lebih bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang..
Seperti yang dijangka,kehadiran broadband membuatkan aku terlebih dahulu mencari komputer riba aku pagi ini instead of pergi membasuh diri dan mencuci muka serta menggosok gigi. Tak mengapalah,bukannya ada sesiapa pun dirumah ni. Housemate aku pun begitu juga,bermain komputer sementara masih belum bersiram..
Membuka friendster seperti telah menjadi kewajipan kepada aku lately. Ramai sunguh kekawan baru disana yang berbalas komen dengan aku. Semuanya perempuan pula tu. Bukanlah bermakna aku seorang yang hot,cuma ini jelas menunjukkan aku seorang yang disenangi dan aku seorang yang suka membuat kawan baru walau dimana-mana pun..
Sekali sekala aku terpandang profil-profil budak-budak lelaki muda zaman sekarang. Aduh,menggelikan bulu roma kaki aku saja. Tak perlulah kau pose gambar yang kau ambil sendiri seperti yang selalu perempuan lakukan tu. Gambar profilnya,waah nampak handsome sungguh. Rambut tercacak sana sini,posing menggiurkan habis. Tetapi bila berbalas komen dengan si gadis,alahai. Lembutnya,manjanya..
Ayat-ayat yang digunakan pun mulalah,menggedik dan manjanya. Kau orang tahu sajalah kan ayat-ayat manja dan gedik yang seperti mana? "cket,cakit," dan segalanyalah. Pada aku,si lelaki tak perlulah berperilaku sedimikian. Tak mereflekskan kau sebagai seorang lelaki maskulin lansung. Cubalah jadi diri sendiri. Even aku sendiri tak pernah menggunakan ayat-ayat manja tersebut..
Aku hanya akan menggunakan perkataan sebegitu hanya bila aku sedang chatting dengan teman istimewaku saja. Itupun sudah lama aku tinggalkan. Maklumlah,sekarang aku seorang diri saja...
p/s : ini bukan post meminta simpati ya. ini post pendapat aku sahaja~
19 comments:
haha! couldn't agree more...
hidup utk perempuankah?
mungkin soalan tu sgt sesuai skali ditanya pada mereka. dan hal ini berlaku juga di myspace brader...
:D
yup..ayt manja geli2 tu n0t for public eyes la klu nk pki p0n.
neway, all da best 4 intern~ (*lmbt wish*) (^^,)v
sam, amek award yer di blog baru saye=)
bukan lelaki je xpatut pakai those phrases secara berleluasa tah dengan siapa di ruang awam. perempuan pun. geds gels okayyy. hahaha.
kersani:
haha,tulah.
mcm kegunaan friendster tu utk tackle pmpuan saje,haha.
myspace pun cmtu?
owh,aku tak pernah experience.
takde myspacelah katekan,haha.
cikfaz:
haa,taw pun.
tu baru aku sorg yang tgk.
kalau org lain tgk pun akan kutuk cmni gak,haha.
kalau laa ngn awek sndri,bleh laa.
ni baru nk buat kwn je pun,biase2 suda~
okeh2,selamat intern jugak~
farhah:
hohhh,dis is samting new,hehe.
award ye?
kalau dulu ade tag,skng award pule?
hmm,baik2.
ade mase akan amek~
aliaaa:
haa,nmpk sgtlah semua org pun setuju ngn pndpt aku.
betol3,gediks sgt lah cmtu.
biase2 sudah~
haha... si pelupa sdh singgah..
btw gmbr2 ko ttp poyo.. LOL~
huhuhu...
mane tawu, lelaki2 ko bukak profile dieorg y posing maut2 ayat syahdu2 2, mamat auww..
tet!!!
hurm, xslh pun gune bhase gedik sebegitu..juz it'll be a lil bit weird la..
but itu personal choice, so xkesa la kot..
cik bal:
aish,pelupa sudah mali.
ape ni,komen lah sket!
:D
atie:
eh,tak lah.
takkan laa semuanye aww.
suma muka hensem2 doh.
kau patut tgk gmbr2 mereka,haha~
suraya:
hmm,mebi kau penah menghadapi situasi sebegitukan?
sbb tu kau sapot mereka?
hahahaha~
ini personal opinion aku.
so,aku nmpk cmtu,dan aku rase sgt pelik,heheh.
betul tu Sam. arrr. geli aku. tak fahamlah golongan ni kadang kadang. bajet nak kawan, lepastu, dengan semua perempuan pulak tu ckp ayat yg sama. oh man!
hehe,betol3.
aku tak kesah kalau die nk buat kt gf die(kalau ade lah).
tapi mslhnye aku spy2 profile org2 cmni,almos kt semua pmpuan kt friendster tu die nk buat2 comel n menggedik.
aww,gedik gile.
oh crap!
skali skala,apa salahnya..ekekeke..
Mr J, check this..dont know if u like it..
http://www.mediafire.com/?zzzgmtmddmy
haha,skali skale pun boleh saje sahniana.
juz jgn slalu ah.
hehe.
okeu,am checking it out~
Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....
Post a Comment